ARKIB

KATEGORI

Info

Cerapan dari Waze bantu anda meluncur masuk ke jualan akhir tahun

Berita Tempatan

Views

Kita telah tiba ke suku terakhir, detik paling sibuk sepanjang tahun. Dengan musim jualan seperti Black Friday, 11.11, 12.12, dan Krismas yang kian hampir, warga Malaysia telah mula bersiap sedia merancang strategi berbelanja untuk meraih tawaran terhebat.

Untuk perniagaan tak kira besar, sederhana atau kecil, ini merupakan peluang baik untuk menarik perhatian pelanggan baru dan memastikan pelanggan sedia ada kembali ke kedai anda. Jadi, sama ada anda peruncit, outlet makanan segera, pengendali stesen minyak atau pun sebarang perniagaan fizikal, berikut adalah cerapan dari tahun 2018 yang boleh diambil kira ketika anda merancang jualan dan kempen pemasaran akhir tahun anda:

Cerapan #1: Warga Malaysia banyak ke sana-sini

Ia bukan imaginasi anda – warga Malaysia lebih cenderung berada dalam perjalanan dalam bulan-bulan terakhir tahun berbanding waktu lain. Antara November dan Disember sahaja, rakyat Malaysia telah membuat hampir 21 juta navigasi Waze ke tempat-tempat jualan sahaja! Malah, terdapat peningkatan mendadak dalam pemanduan sebanyak 29 peratus pada bulan November dan Disember berbanding Ogos dan September.

Dengan kebanyakannya pergi ke pusat membeli-belah (43 peratus), stesen minyak (28 peratus) dan restoran makanan segera (18 peratus), bayangkan kempen dan pengalaman membeli-belah yang dapat anda rancang hanya berdasarkan perjalanan pelanggan anda dari pemanduan mereka sehingga ke kedai anda – termasuklah menyasarkan mereka yang telah membeli dari anda sebelum ini.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Cerapan #2: Pembeli-belah sanggup pergi jauh

Warga Malaysia gemar membeli-belah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tawaran hebat yang diingini. Menurut satu tinjauan global yang dijalankan menggunakan data terkumpul dari Ipsos/Google Holiday Study dan Waze Internal Data, 77 peratus pengguna mengatakan mereka sanggup memandu jauh demi tawaran atau jualan yang menarik.

Sebanyak 35 peratus berkata mereka sanggup memandu sejauh 40km (lebih kurang jarak dari Nilai ke KL!) untuk mendapatkan tawaran yang secara teknikalnya memang di luar kawasan mereka. Bagaimanakah anda selaku sebuah perniagaan dapat menyediakan keadaan yang tepat untuk mendorong pelanggan berpotensi anda keluar memandu?

Cerapan #3: Warga Malaysia masih sayangkan kedai fizikal mereka

Anda mungkin menganggap bahawa kombinasi trafik, orang ramai yang penuh keraguan serta kanak-kanak yang resah akan mematahkan niat pembeli untuk pergi ke pusat membeli-belah. Gabungkan ia dengan kemudahan pembelian dalam talian, dan anda akan mula tertanya-tanya mengapa seseorang sanggup keluar rumah untuk membeli-belah.

Walaupun pembelian dalam talian sedang berkembang, statistik menunjukkan para pengguna masih gemar menjejaki pusat membeli-belah kegemaran mereka atas beberapa sebab, dari menikmati pengalaman taktil hinggalah ke peluang mencari inspirasi dan mengalami kemeriahan perayaan. Buktinya di dalam data – hanya 2.7 35 peratus dari keseluruhan jualan di Malaysia diraih dari jualan e-dagang, lalu memberi anda peluang tulen untuk menarik perhatian para pelanggan dalam kedai anda.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Cerapan #4: Warga Malaysia gemarkan kepantasan

Warga Malaysia cintakan makanan dan sanggup berkorban demi pengalaman kulinari kegemaran mereka. Satu tinjauan dari Disember 2018 menunjukkan bahawa 8.9 juta navigasi Waze dibuat ke lokasi berkaitan makanan. Untuk meneliti dengan lebih terperinci, terdapat peningkatan navigasi sebanyak 29 peratus ke outlet makanan segera dari November sehingga Disember. Ini boleh membantu anda memandu pelanggan ke kedai makan anda, sambil mencipta strategi untuk menarik perhatian mereka ke jenama anda, menjadi senang dijumpai disepanjang laluan pemanduan dan memupuk kecenderungan mereka ke arah kedai anda.

Cerapan #5: Jika mereka dalam perjalanan, mereka juga mengisi minyak

Bulan Disember tiba dan sekolah pun bercuti, jadi tiada masa lebih baik untuk merancang percutian keluarga. Antara November dan Disember tahun lepas, 2.8 juta navigasi Waze ke stesen minyak telah dibuat di Malaysia. Sedang ahli keluarga bersantai dan menyenandung bersama lagu di dalam kereta, anda mempunyai peluang baik untuk memberi sebab kepada pelanggan berpotensi dan pelanggan tetap untuk memilih anda.

Fikirkan tentang peluang untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia anda pada musim ini, membawa mereka kembali ke outlet anda berulang-ulang kali dengan tawaran-tawaran menarik. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menjadi rakan kongsi Waze, layari www.waze.com/business/

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply