ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Group jual 285,000 unit pada Jan-Apr 2022, eksport catat rekod baharu

Berita Global

Views

Jualan global Chery Group mencapai 81,818 unit pada Mac dan 55,588 unit pada April, sekali gus melonjakkan jumlah jualannya dari Januari hingga April ke 284,865 unit.

Daripada jumlah tersebut, 68,587 unit merupakan kenderaan tenaga baharu (naik 168.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu@YoY), manakala 84,993 unit dijual di luar China (naik 12.6 peratus YoY) dan ia merupakan rekod baharu eksport Chery dalam tempoh tersebut.

Sebanyak 50,786 unit (18 peratus) daripada jumlah jualan global Januari-April Chery merupakan kenderaan siri Tiggo 8.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pengeluaran siri tersebut mencapai 500,000 unit pada 26hb April, dan varian terkininya, Tiggo 8 Pro e+, dilengkapi dengan DHT Super Hybrid Technology, telah menerima lebih 7,000 tempahan sejak pelancarannya di China pada akhir Mac.

Di Chile, menurut Asociación Nacional Automotriz de Chile A.G. (ANAC), jualan April Chery meningkat 47 peratus YoY dengan 14.1 peratus penguasaan pasaran.

Chery menjual 11,346 unit dalam empat bulan pertama 2022, dengan penguasaan pasaran dari segi jualan SUV kumulatif sebanyak 17.4 peratus. Siri Tiggo 2 telah menjadi SUV terlaris di Chile selama 15 bulan berturut-turut.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Di Brazil, menurut National Federation of Distribution of Motor Vehicles (Fenabrave), jualan Januari-April Chery berjumlah 12,863 unit, menduduki tangga kesembilan antara jenama-jenama lain dan mencatatkan 3.51 peratus penguasaan pasaran.

Arrizo 6 Pro menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan 4.54 peratus penguasaan pasaran, manakala SUV-SUV Tiggo 3X, Tiggo 5X dan Tiggo 8 terus mendapat sambutan baik.

Di Mesir, jualan Chery pada April melonjak 121 peratus YoY dan 27 peratus berbanding Mac, manakala jumlah jualan Januari-April mencapai 8,206 unit (naik 121 peratus YoY). Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 terus mencatat jualan baik dalam segmen SUV.

Meskipun jualan kenderaan di China menyusut hampir separuh pada April, Chery telah berusaha keras untuk memastikan bekalan komponen mencukupi serta pengeluaran stabil di peringkat global dan sedang mempercepatkan pelancaran model-model baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply