Jualan global Chery pada Oktober 2022 telah mencapai 132,828 kenderaan, meningkat sebanyak 50.4 peratus berbanding Oktober 2021. Ini merupakan bulan kelima berturut-turut jualan bulanan syarikat berjaya melepasi angka 100,000 unit.
Pencapaian tersebut melonjakkan jualan global Chery bagi 10 bulan pertama 2022 kepada 1,026,758 unit, naik 38.8 peratus. Ini juga kali pertama jualan tahunan Chery mencecah 1,000,000 unit, mengatasi rekod 961,926 unit yang dicapai bagi seluruh 2021.
Tiggo 8 dan Tiggo 7 menerajui pencapaian tersebut dengan jualan global sebanyak 159,500 unit dan 134,900 unit masing-masing dari Januari hingga Oktober, manakala prestasi syarikat di Amerika Selatan, Timur Tengah dan rantau-rantau lain terus menunjukkan peningkatan.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Di Brazil, Chery telah menjual 29,854 unit setakat tahun ini, menguasai 2.38 peratus pasaran dan menempatkannya di kalangan 10 jenama kenderaan terlaris. Didorong oleh populariti siri Tiggo, sedan Arrizo 6, pemenang Anugerah Nilai Jualan Semula Terbaik.
Di Timur Tengah pula, Tiggo 8 Pro telah menerima pujian daripada media terkemuka sebagai “revolusi baharu yang dibawa ke pasaran kenderaan Qatar”, dan telah memenangi gelaran “Perintis Terpintar”.
Bulan lalu menyaksikan Chery melancarkan pelbagai aktiviti global menjelang kejohanan Piala Dunia 2022 hujung bulan ini, termasuk menerangi mercu tanda di Qatar, Mexico dan Brazil.
Sementara itu, cabaran TikTok ‘Play Together’ serta ‘Malam Karnival With Chery With Love’ bakal dimeriahi para peminat bola sepak dunia.
Chery akan menjalin kolaborasi dengan para pemain dan media sukan terkemuka di Brazil, serta menganjurkan aktiviti menarik yang melibatkan ribuan peminat, manakala di Qatar, ia akan menyediakan kenderaan bagi jabatan keselamatan serta kenderaan media bagi lebih 10 negara yang bersaing.
Chery juga akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi pemilik kenderaannya di seluruh dunia semasa Piala Dunia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI