ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery lancar OMODA 5 di China

Berita Global

Views

Model pertama di bawah siri produk OMODA global baharu Chery, OMODA 5 telah dilancarkan secara rasmi di China. Pelancaran telah berlangsung di Shenzhen pada 12hb Julai lalu, sekali gus menjadikan China pasaran pertama untuk menerima SUV tersebut.

Timbalan Pengurus Besar Chery Automobile Co Ltd dan Pengurus Besar Pemasaran Jia Yaquan berkata, OMODA 5 direka berdasarkan keperluan dan kehendak golongan muda, dan bertujuan untuk memaparkan Chery baharu yang lebih menarik kepada pengguna global melalui ciri-cirinya yang berteknologi tinggi.

Model ini dilengkapi dengan teknologi pintar, reka bentuk bergaya dan kuasa cekap. Falsafah reka bentuk ‘Art in Motion’ baharu Chery memberikan OMODA 5 keseimbangan statik dan dinamik dengan memanfaatkan cahaya dan bayang-bayang.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Jeriji hadapan matriks geometri potongan berlian (diamond-cut geometric matrix) tanpa bingkai memanjang dari bahagian tengah ke kedua-dua sisi, seolah mencipta semesta selari (parallel universe) di mana impian sepadan dengan realiti.

Konsep ini mencerminkan gaya hidup golongan muda yang mencari kebebasan dan keindividuan melalui aktiviti sosial, serta gemar berkongsi pemikiran dan idea di dunia maya.

Matlamat ‘Art in Motion’ adalah untuk menjadi falsafah reka bentuk yang sesuai bagi golongan muda dalam era baharu, sekaligus menerajui trend dalam reka bentuk automotif global.

OMODA 5 dijana oleh enjin 1.6 TGDI yang menyalurkan kuasa sebanyak 197 PS dan 290 Nm daya kilas ke roda hadapan melalui transmisi dwicekam tujuh-kelajuan (7-DCT). Ini membolehkan pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 7.8 saat.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Selain itu, mod Super Sport menyediakan pengalaman pemanduan yang mengujakan, disertakan bunyi simulasi yang ditala secara profesional. Dari sudut teknologi pintar, OMODA 5 dilengkapi Lion 5.0 AI kokpit pintar teknologi generasi terbaharu Chery.

Antara ciri-cirinya adalah pemantauan dan pelarasan emosi AI, skrin 24.6-inci yang menggabungkan maklumat pemanduan dan infohibur, serta sistem audio Sony dan pencahayaan ambien berirama 64 warna.

Selain itu, kabin ‘C-Pure’ Chery menggabungkan teknologi perlindungan alam sekitar dan reka bentuk ekologi piawaian Eropah, sambil menjaga kesihatan para penumpang melalui sistem penulenan dan penapisan udara ion negatif.

Pelancaran OMODA 5 menandakan satu langkah penting dalam pembaharuan jenama global Chery. Model tersebut disasarkan ke pelbagai pasaran di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply