ARKIB

KATEGORI

Tular

Harga dan foto aksesori GearUp Alza 2022 (D27A) tular!

Tular

Views

Menjelang pelancaran rasmi model terbaharu Perodua, Alza 2022 (D27A) pada 20 Julai 2022 beberapa lagi foto model berkenaan tular di media sosial.

Kali ini kita dapat melihat Alza 2022 (D27A) varian AV, warna baharu Vintage Brown lengkap dengan aksesori GearUp. Ia merupakan unit pandu uji kerana ditampal dengan pelekat grafik pada badannya.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Aksesori GearUp untuk Alza 2022 (D27A) kelihatan lebih kemas dan tidak keterlaluan berbanding model-model terdahulu. Ia cukup untuk menambah seri MPV tujuh-tempat duduk itu dan menyerlahkan gaya sportynya.

Cuma, kemasan kegemaran pereka Perodua iaitu krom, masih kelihatan dominan pada kit badan tersebut. Walaubagaimanapun, pada mata kami ia ‘tidak terlampau’ sarat dan ‘sedap mata memandang’.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Bukan sahaja foto Alza 2022 (D27A) dengan aksesori GearUp tular, malah senarai harga aksesori berkenaan juga tersebar di media sosial.

Antara yang ditawarkan adalah kit badan Prime, sarung tempat duduk Prime, plat skuf LED, pencahayaan lantai, visor pintu, alas kaki, lapik barangan, penebat hud, sambungan wayar abah-abah dan pakej utiliti.

Harga bermula dari RM75.00 sehingga RM2,500.00 bergantung kepada pilihan aksesori. Untuk kit badan pula, ia ditawarkan untuk semua pilihan warna.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lou Gizelle, Aziq Rozli dan Randy Tong

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply