ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chin Li Qin muncul juara ‘Grand Finale Shell FuelSave 95 Challenge 2023’, catat rekod 28.23 km/l

Berita Tempatan

Views

Pengenalan Shell FuelSave 95 baharu Februari lalu telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuktikan perjalanan 15 kilometer (km) lebih jauh bagi isian tangki penuh.

Ia dibuktikan menerusi ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023‘ dan menerusi cabaran tersebut bahan api itu ternyata memberikan perbatuan lebih jauh, kata Pengurus Besar Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming.

Selepas sebulan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan perbatuan terbaik merentasi 5 wilayah, Shell FuelSave 95 Challenge 2023 telah melabuhkan tirai dengan Chin Li Qin, 26 dari Johor dinobatkan sebagai juara.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Li Qin turut berjaya memecahkan rekod sebelumnya iaitu 25.45 km/l dengan mencatatkan perbatuan bahan api yang menakjubkan 28.23 km/l. Ini sekali gus menobatkannya sebagai juara keseluruhan Shell FuelSave 95 Challenge 2023.

Ujar Li Qin, ianya merupakan kejayaan yang amat mengagumkan apabila peserta lain juga berjaya mencapai perbatuan melebihi penanda aras purata. Sebagai juara, Li Qin berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.

Cabaran Grand Finale bermula di Shell SM Alisha, Shah Alam dengan jarak keseluruhan 121 km yang melalui pelbagai keadaan jalan raya yang berbeza merentasi Cyberjaya – Bukit Jalil – Cheras – Ampang – Gombak – Sri Hartamas – Kota Damansara – Puncak Alam sebelum kembali semula ke tempat permulaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain Li Qin, peserta yang mewakili wilayah masing-masing iaitu Jeffrey Tan Teck Heng, 62 dari Port Dickson, Ahmad Amirul Runass, 31 dari Kuantan, Muhammad Jazli Mahathir, 30 dari Ipoh, dan Lai Siaw Feng, 38 dari Kuching, telah berjaya melepasi penanda aras purata perbatuan sebanyak 18.5 km/l dengan Shell FuelSave 95.

Bahan api ini telah menjalani lebih lima tahun penyelidikan dan ujian menyeluruh oleh 150 saintis bahan api di
seluruh dunia.

Shell FuelSave 95 baharu juga memberikan pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih, memberi perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin, dicipta untuk teknologi lama, baharu atau hibrid.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply