ARKIB

KATEGORI

Buletin

China bangunkan syarikat pengeluar pesawat komersial – Bakal gugat penguasaan Airbus dan Boeing

Berita Global

Views

Tatkala industri penerbangan global masih bergelut akibat pandemik COVID-19, masih perkembangan teknologi penerbangan masih bergerak seperti biasa. Umum ketahui, industri penerbangan dunia sejak dari dulu lagi dikuasai oleh dua syarikat gergasi dunia yang berpangkalan di Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Menurut portal Majalah Labur, kini, dua gergasi syarikat tersebut bakal berhadapan dengan syarikat pembuatan kapal terbang komersial dari China, Commercial Aircraft Corporation of China (Comac) yang bakal memberi saingan hebat pada masa akan datang.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 di mana kerajaan China melihat potensi mereka yang bakal menjadi negara industri penerbangan pada masa akan datang. Disebabkan perkara tersebut, syarikat gergasi penerbangan dunia sangat menjaga penguasaan mereka di sana.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Airbus dan Boeing telah membina pusat pemasangan kapal terbang komersial mereka di negara tersebut bagi menjaga hubungan dengan kerajaan China. Dengan perkembangan yang pesat terhadap industri penerbangan, kerajaan China telah memberi bantuan penyelidikan kepada Comac sebanyak USD49 bilion.

Akhirnya, syarikat ini berjaya menghantar tempahan pesawat komersial pertama mereka kepada pelanggan mereka tahun ini dan ianya merupakan kejayaan terbesar buat Comac. Pesawat pertama mereka, C919 dikatakan bakal menyaingi model keluaran Airbus, A320neo dan juga Boeing 737 MAX.

Walaupun telah berjaya membangunkan pesawat buatan sendiri, Comac masih lagi bergantung kepada teknologi negara Barat untuk menghasilkannya. Banyak komponen penting untuk menghasilkan kapal terbang tersebut diimport sepenuhnya dari negara Barat terutamanya bahagian enjin.

Bagi menghasilkan sebuah enjin jet, ianya memerlukan kepakaran yang sangat luar biasa dan China masih lagi belum mampu melakukannya. Dengan usia yang baharu mencecah 12 tahun sejak penubuhannya, Comac belum mempunyai pengalaman dan kepakaran yang cukup berbanding dengan Airbus dan Boeing yang telah berusia lebih daripada 50 tahun.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Selain itu, Comac juga tidak mempunyai data penerbangan yang boleh dibanggakan berbanding kedua-dua syarikat tersebut. Ia pastinya menyukarkan Comac untuk menyakinkan pelanggan mereka terutamanya bagi negara luar kerana data keselamatan yang dimiliki oleh mereka tidak dapat memenuhi segala peraturan penerbangan yang ditetapkan oleh pihak antarabangsa.

Sungguhpun begitu, kerajaan China dilaporkan akan terus membantu syarikat tersebut. Comac juga kini sedang berusaha untuk melakukan pemindahan teknologi bagi memantapkan lagi keupayaan syarikat mereka. Walaupun agak ketinggalan berbanding dengan Airbus dan Boeing daripada segi teknologi dan kepakaran, Comac dilihat bakal menggugat kedua-dua syarikat gergasi ini pada masa akan datang.

China terkenal dalam menghasilkan barangan berkualiti pada harga yang lebih murah berbanding dengan negara Barat. Harga pesawat komersial yang dihasilkan oleh Comac ini adalah separuh daripada harga pesawat yang dibangunkan oleh Airbus dan Boeing.

Ia bakal menjadi pesawat yang berpotensi digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan penerbangan tambah murah terutamanya dari negara Asia dan Afrika dan juga pasaran domestik mereka sendiri. Tidak mustahil Comac bakal menjadi syarikat terulung yang bakal menggugat penguasaan pasaran Airbus dan Boeing suatu hari nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply