ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hentak kepala penghantar makanan dengan tukul besi – Penganggur mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah mencederakan seorang penghantar makanan menggunakan tukul besi dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Selasa lalu. Menurut Utusan Online, Muhammad Aslam Hashim, 31, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jamaliah Abdul Manap di Mahkamah Majistret Jenayah 1, di Georgetown pagi tadi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia pada 20 April lalu telah menyebabkan kecederaan kepada Koay Eng Tat dengan cara memukul menggunakan sebatang penukul besi di kepala mangsa. Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Blok P, Desa Permai Indah, Jalan Helang, Sungai Dua, Gelugor, sekitar jam 4 petang.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan 25 Mei ini sebagai tarikh penyerahan dokumen serta lantikan peguam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Yazid Mustakim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang penghantar makanan berusia 40 tahun terpaksa menerima sembilan jahitan di bahagian kepala selepas dihentak dengan penukul besi oleh seorang lelaki.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Kejadian itu berlaku selepas pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka ekoran suspek dikatakan berang kerana mendakwa penghantar makanan berkenaan memarahi isterinya ketika menghantar makanan yang dipesan. Sebelum itu, penghantar makanan berkenaan menunggu kira-kira 10 minit dan menelefon isteri suspek beberapa kali untuk mengambil makanan yang dipesan.

Beberapa minit selepas menghantar makanan itu, mangsa dihubungi semula oleh suspek kononnya bagi meminta penjelasan mengenai makanan yang dihantar. Bagaimanapun, berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka sehingga menyebabkan penghantar makanan berkenaan dipukul menggunakan tukul besi oleh suspek.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply