ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Kancil lusuh misteri’ kembali?

Berita Tempatan

Views

Ingat lagi tak kereta Perodua ‘Kancil lusuh misteri‘ yang pernah tular sebelum ini? Kali ini ia kembali tular di media sosial selepas kelibatnya dilihat berada di atas jalan sekitar Kepong. Menurut Sinar Harian, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerusi kemaskini di Facebook memaklumkan telah melaporkan perkara itu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan lanjut.

Katanya, keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya pula sudah pecah dan kepala pemandu terkeluar dari kereta dan jika dibiarkan, pasti akan berlaku sesuatu, tambahan pula trafik di Kepong sentiasa sibuk.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Tambah beliau, pihak pejabatnya telah melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa DBKL dan dalam masa terdekat ini, kereta tersebut akan ditunda. Lokasi kereta ini juga sudah dikenal pasti. Beliau pada Selasa lalu turut berkongsikan video kereta tersebut berada di atas jalan raya dan menggesa pihak berkuasa termasuk pihak polis mengambil tindakan sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau juga akan berjumpa dengan pemilik kenderaan tersebut dan berbincang mengenai keadaan hidupnya. Menurut beliau, yang menjadi keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan kenderaan tersebut tidak berada di atas jalan demi keselamatan pengguna.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Kereta Kancil itu sering kelihatan di Kepong selain pernah juga dilaporkan melalui jalan Rawang. Sinar Harian difahamkan pemilik kereta berusia lingkungan 40-an itu pernah diambil tindakan sebelum ini tetapi menggunakan dua kereta Perodua Kancil lain yang telah ditahan.

Satu kenderaan tersebut telah dilupuskan sementara sebuah lagi kenderaan kini berada di stor Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Penularan terbaharu itu adalah kes ketiga dilaporkan di mana tindakan boleh dikenakan atas kesalahan cukai jalan dan struktur kenderaan tersebut jika berada di atas jalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lim Lip Eng

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply