ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia bagi bonus berganda menerusi kempen Double Joy sepanjang bulan September

Views

Sempena Hari Malaysia dan ulang tahun ke-70 Honda, sepanjang bulan September Honda Malaysia akan meraikannya dengan kemeriahan berganda dengan kempen Double Joy yang menawarkan rebat kepada para pelanggannya. Bonus berganda akan ditawarkan dalam bentuk  Bonus Honda bersama Bonus Ulang tahun ke-70 Honda, bermula dari Civic dengan RM2,500 hingga ke Civic Type R dengan RM20,000 untuk model terpilih yang didaftarkan dari 1 September hingga 30 September 2018.

Semasa tempoh kempen Double Joy, pelanggan juga layak untuk menyertai peraduan Joy of Buying dan mereka berpeluang untuk memenangi salah satu daripada tujuh unit City yang ditawarkan sebagai hadiah utama sepanjang tujuh minggu. Sebagai peneraju dalam segmen Bukan-Nasional dari Januari hingga Julai 2018, Honda Malaysia terus bekerja keras untuk mengukuhkan posisnya dalam pasaran. Sepanjang tempoh ‘cuti cukai’ selama tiga bulan bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2018, Honda Malaysia telah mencatatkan jualan melebihi 35,000 unit dengan 47 peratus jumlah keseluruhan jualan dari Januari hingga Ogos 2018.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Sepanjang tiga bulan tersebut, City, Civic dan Jazz merupakan model yang mendapat sambutan paling hangat di kalangan pelanggannya. City merupakan model paling popular dengan 35 peratus jualan, diikuti Civic pada 17 peratus dan Jazz 15 peratus. Wilayah tengah pula menjadi penyumbang utama jualan Honda Malaysia sepanjang tempoh tersebut dengan mencatatkan 48 peratus jumlah jualan keseluruhan.

Honda Malaysia akan terus memeriahkan pasaran dengan pelbagai kempen dan produk menarik, model HR-V berwajah baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi telah mula menunjukkan perhatian dan keterujaan dalam pasaran. Selain itu juga, Honda Malaysia juga akan mengumumkan harga baharu untuk model-model Hibrid CKD setelah ia dimuktamadkan. Maklum balas utuk model Hibrid Honda adalah sangat menggalakkan dan syarikat akan meneruskan jualan model Hibrid pada masa akan datang.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply