ARKIB

KATEGORI

Buletin

Civic generasi ke-11 bakal tiba tahun ini? Presiden dan COO Honda Malaysia beri petunjuk awal

Berita Tempatan

Views

Nampaknya mungkin kita tidak perlu menunggu lebih lama untuk memanti ketibaan Honda Civic generasi ke-11 di Malaysia kerana tanda-tanda awalnya telah mula kelihatan. Dalam sesi soal jawab bersama Withdreams Magazine, En. Sarly Adle Sarkum, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia ketika diajukan soalan adakah Honda mempunyai sesuatu yang menarik yang boleh dikongsikan, beliau menjawab “petunjuk untuk 2021… ‘tunggu’…”.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Adakah ini memberi petanda awal yang model generasi baharu Civic yang bakal dilancarkan secara global pada 28 April nanti bakal tiba lebih awal ke Malaysia? Sudah pasti para peminat automotif tempatan akan teruja dengan perkembangan terbaharu ini.

Baru-baru ini Honda telah menyiarkan imej rasmi pertama model pengeluaran Civic generasi ke-11 di laman sesawangnya. Menurut maklumat risikan terbaharu dari ejen Mat Bond, dikatakan pembangunan model Civic dan City Hatchback untuk pasaran Malaysia telah selesai.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Desas-desus mengatakan fasa pengeluarannya dijangka bakal bermula sekitar bulan Ogos tahun ini. Bukan itu sahaja, menurut Mat Bond lagi, model generasi baharu BR-V juga sedang dibangunkan ketika ini, namun ia masih lagi pada peringkat awal.

Jika benar maklumat dari Mat Bond, bermakna Civic generasi ke-11 besar kemungkinan akan tiba sebelum akhir tahun ini bersama-sama dengan City Hatchback. Apa pun, kami akan cuba mendapatkan maklumat terkini mengenai kedua-dua model tersebut dari semasa ke semasa, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply