ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Polo facelift 2021 – Kini dengan lampu Matrix LED, meter digital dan teknologi keselamatan canggih

Berita Global

Views

Nama Volkswagen Polo ini bukan kaleng-kaleng, sejak hampir 50 tahun lalu ia telah terjual melebihi 18 juta unit seantero dunia. Nampaknya generasi kelapannya (Mk8) sudah tiba di pertengahan usia dan kini diberikan sedikit kesegaran.

Polo facelift 2021 tampil dengan sedikit sentuhan reka bentuk pada Golf Mk8 selain menerima beberapa ciri teknologi yang lazimnya didapati pada kereta bertaraf andalan seperti Touareg. Jadi, apa yang menarik mengenai Polo facelift 2021?

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Memandangkan ia adalah model facelift, perubahan kosmetik tidaklah begitu banyak dan hanya tertumpu kepada bahagian lampu dan bampar sahaja. Polo facelift 2021 kini dilengkapi dengan lampu depan dan belakang jenis LED yang standard untuk kesemua varian.

Lampu hadapannya kini disambungkan dengan jejalur cahaya yang terletak di bahagian dasar jeriji radiator atau ia boleh dipertingkatkan kepada lampu dengan teknologi Matrix LED adaptif yang digunakan pada model Touareg dan Passat.

Bukan itu sahaja, ia sarat dengan pelbagai sistem bantuan yang dikenali sebagai IQ.Drive Travel Assist. Sudah pasti akan ada pertambahan kos dan ini turut merangkumi kawalan jelajah adaptif dan bantuan kekal lorong, meskipun sistem panduan lorong itu adalah ciri standard untuk semua varian.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Di bahagian kabin, ia masih kelihatan konvensional berbanding Golf terkini, namun ia telah dipertingkatkan dengan kawalan iklim yang menggunakan butang peka-sentuhan sebagai pilihan. Selain itu, paparan meter digital bersaiz 8-inci dan unit infohiburan bersaiz 6.5-inci merupakan ciri standard, namun versi lebih tinggi akan mendapat paparan meter digital lebih besar bersaiz 10.25-inci bersama unit infohiburan bersaiz 9.2-inci.

Polo facelift 2021 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari versi asas, diikuti oleh Life, Style, versi sporty R-Line dan GTI. Buat masa ini, Volkswagen masih lagi berahsia mengenai versi GTI. Difahamkan Polo facelift 2021 bakal ditawarkan dengan pilihan enjin 1.0-liter tiga silinder turbo dan juga MPi.

Paling mencuri tumpuan adalah enjin turbo 94 kuasa kuda yang digandingkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 7-kelajuan DSG, manakala versi ‘paling power‘ yang menjana 109 kuasa kuda pula ditawarkan dengan kotak gear DSG sahaja. Jualan Polo facelift 2021 hanya akan bermula di Eropah menjelang hujung tahun ini dan harganya pula akan diumumkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply