ARKIB

KATEGORI

Buletin

Civic Type R warga Singapura lesap di Genting Highlands, jumpa di Putrajaya

Berita Tempatan

Views

Honda Civic Type R yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Sabtu lalu, dijumpai di kawasan parkir tingkat satu sebuah kondominium, di Putrajaya, Selasa lalu.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Ehwan Mohammad berkata, kenderaan itu dijumpai melalui maklumat orang awam dan anggota dari Balai Dato Abu Bakar Baginda tiba di lokasi penemuan pada 10.49 malam.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan itu memasuki kawasan parkir kondominium itu pada 6.30 petang Rabu lalu.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Menurutnya, kenderaan itu juga sudah diubahsuai daripada warna asal biru muda kepada putih serta nombor pendaftaran ditukar kepada nombor lain.

Katanya, pemilik kenderaan bersama pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Genting Highlands hadir ke lokasi untuk menjalankan siasatan dengan bantuan anggota forensik.

Pemeriksaan dibuat menggunakan kunci pemilik kenderaan. Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan ini sama seperti yang dilaporkan hilang di Genting Highlands berdasarkan nombor enjin dan casis.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Menurutnya, polis turut menemui aksesori asal kenderaan itu terdiri daripada ekzos dan spoiler di dalam bonet manakala rim asal ditukar kepada rim lain. Katanya, kenderaan itu diserahkan kepada IPD Genting Highlands untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan, pemilik kereta warga Singapura berusia 28 tahun memandu ke Genting Highlands bersama teman wanita dan dua rakannya pada 15 Julai lalu dan meletakkan kenderaan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di SkyAvenue.

Apabila mereka kembali pada hari berikutnya, kenderaan itu hilang dari tempat letak kereta dan membuat laporan polis di IPD Genting Highlands.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit mothership.sg

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply