Misteri kehilangan seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan sejak 10 bulan lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam kenderaan yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, Pekan hari ini.
Menurut KOSMO! ONLINE, mayat Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, (ketika kejadian), ditemui lengkap berpakaian kerja ‘offshore’ di tempat memandu kenderaan Nissan Grand Livina miliknya.
Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Menurut ibu mangsa, Azmawati Ab. Kadir, 54, penemuan kenderaan itu disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
“Saya terima panggilan berhubung kejadian ini pada pagi tadi, sekarang pasukan penyelamat sedang menarik kereta dan mayat anak saya masih di dalam kenderaan itu.
“Memang saya sahkan, itu anak saya dan nombor kereta sudah nampak dan itu memang kereta anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Azmawati berkata, dia reda dan terima ketentuan Ilahi malah lega dapat menemui jasad anak lelaki sulungnya yang sudah hampir 10 bulan menanti khabar berita.
Kosmo! pada 2 November tahun lalu melaporkan seorang ibu dari Taman Air Biru di Johor Bahru masih kebingungan dengan nasib yang menimpa anak lelakinya yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
Azmawati berkata, Muhammad Iman Aqmar sebelum itu sempat balik ke kampung di Pasir Gudang untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan.
Selepas keluar dari rumah menuju ke Terengganu, Muhammad Iman Aqmar gagal dihubungi sehinggalah mayatnya ditemui kaku di dalam kenderaan yang terjunam di dalam sebuah sungai hari ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Bomba & Penyelamat Negeri Pahang dan Izz Anisaa
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI