ARKIB

KATEGORI

Buletin

Coldplay taja mesin perangkap sampah ‘Interceptor 005’ untuk bersihkan sungai Malaysia

Berita Tempatan

Views

Kumpulan muzik popular dari Britain yang terkenal dengan lagu antaranya “Fix You” dan “Paradise”, Coldplay baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.

Menurut Bernama, Coldplay yang merupakan antara pendukung kuat inisiatif hijau dunia, telah menaja mesin memerangkap sampah sungaiInterceptor 005” yang bakal digunakan di Malaysia. Dalam satu kenyataan, Coldplay berkata, mereka berbangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ini merupakan “Interceptor” kedua beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu. Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005.

Ia sedang dibina di kemudahan MHE-Demag di Klang dengan kerjasama firma Finland, Konecranes. Interceptor adalah sebuah teknologi inisiatif The Ocean Cleanup yang mampu memerangkap hingga 100 tan sehari sampah terapung yang dibuang ke dalam sungai sebelum sampai ke laut.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Direka khas untuk membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia, Interceptor 005 adalah salah satu daripada dua unit yang dihasilkan dalam siri rekaan generasi ketiga teknologi ini. Turut dikenali sebagai New Moon 1, Interceptor 005 akan terus beroperasi sejurus selepas ia siap dibina menjelang pertengahan tahun ini.

Menurut Slat, sisa plastik dari sungai akan dibawa arus sehingga ke tempat pusaran sampah di tengah lautan, yang mana sampah sarap akan terkumpul di dalam arus berputar itu selama bertahun-tahun. Kekurangan tindakan untuk mencegah pencemaran ini akan meningkatkan kesan buruk terhadap ekosistem, kesihatan dan ekonomi.

Sejak 2019, The Ocean Cleanup telah mengumumkan inisiatif Interceptor untuk saluran air tercemar di pelbagai negara seluruh dunia termasuk Indonesia, Republik Dominica, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply