ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ivan Tan dilantik sebagai Pengerusi baharu Shell Malaysia

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Ivan Tan sebagai Pengerusi Negara Shell Malaysia, berkuatkuasa mulai 1 April 2021. Beliau bakal menggantikan Datuk Iain Lo yang akan bersara, selepas menyandang jawatan Pengerusi selama lapan tahun dan berkhidmat dengan Shell selama 30 tahun.

Sebagai Pengerusi Shell Malaysia, Ivan akan mengawasi semua perniagaan Shell Malaysia, selain berperanan sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan untuk perniagaan Huluan di Malaysia. Dalam masa yang sama, Shell Malaysia turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Datuk Iain Lo atas sumbangannya kepada syarikat sepanjang perkhidmatannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ivan Tan, anak kelahiran Sarawak yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Imperial College dan MBA dari Manchester Business School memulakan kerjayanya bersama Shell di Miri pada 2001.

Beliau memulakan kerjayanya di beberapa Telaga, Kontrak dan Perolehan dan HSE di Malaysia, Belanda, New Zealand dan China. Pada tahun 2016, Ivan menerajui penyatuan teknikal perniagaan Shell dan British Gas di Australia, sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk Arrow Energy, salah satu usaha sama Shell di negara ini.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Beliau bertanggung jawab untuk melaksanakan pengembangan kapasiti, projek, telaga, pengurusan aset dan pasaran tenaga secara menyeluruh untuk perniagaan Arrow dalam industri gas asli. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Bersama dan Presiden Eksplorasi Gas Asli Queensland dan Forum Keselamatan Industri Pengeluaran.

Ivan kembali ke Malaysia pada bulan Februari 2020 untuk menerajui perniagaan Huluan dan berjaya memimpin transformasi berterusan hingga menjadi lebih lancar dan berdaya saing. Menurut Pengarah Huluan Shell Belanda, Wael Sawan, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Iain atas kepimpinan, pengalaman dan komitmennya sepanjang perkhidmatannya bersama dengan Shell.

Tambah Wael, mereka amat mengalu-alukan Ivan menjadi peranan Pengerusi Negara untuk Malaysia kerana beliau sememangnya terkenal dengan kehebatan perniagaannya, selain rekod prestasi keselamatan dan kepemimpinan operasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply