ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKPB dilanjutkan di enam negeri – Rentas negeri masih belum dibenarkan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan mengekalkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 14 April ini, manakala Sarawak sehingga 12 April. Menurut Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun secara keseluruhan trend penularan COVID-19 menurun tetapi ada beberapa negeri menunjukkan status turun naik dan peningkatan kes.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Jelas beliau, enam negeri masih dikekalkan status PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak. Tambahnya, pengekalan status PKPB di negeri Semenanjung berkuat kuasa mulai 1 April hingga 14 April kecuali Sarawak yang akan bermula hari ini hingga 12 April.

Katanya, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang mengikuti pelan gelembung pelancongan untuk negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Kerajaan turut mengekalkan status PKPP di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan iaitu Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan untuk tempoh sama iaitu mulai esok hingga 14 April. Pergerakan rentas daerah dibenarkan di semua negeri PKPB dan PKPP kecuali Sabah dan Sarawak kerana ia bergantung keputusan kerajaan negeri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply