ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19: 396 penumpang AirAsia KL-Tawau dicari, 6 didapati positif

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera. Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata, ini berikutan enam daripada kesemua penumpang kedua-dua penerbangan itu didapati positif COVID-19.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Katanya, bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Difahamkan mereka semua ini berada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19. Tambah beliau, daripada jumlah itu seramai 64 adalah pelajar universiti dan 160 adalah orang awam dan menurut data, mereka juga berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna. Katanya lagi, melalui kedua-dua penerbangan ini enam didapati positif termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Menurut Dr. Suzalinna, sehingga tengah hari Rabu pihaknya telah menjalankan ujian saringan kesihatan kepada 31 orang awam dan 8 pelajar universiti yang tampil dan merupakan penumpang kepada kedua-dua penerbangan tersebut.

Pihaknya mengharapkan kerjasama daripada jumlah kesemua 396 penumpang tersebut supaya segera tampil menjalani ujian saringan kesihatan yang kedua memandangkan laporan yang diterima bagi kedua-dua penerbangan tersebut tidak mengamalkan penjarakan sosial dan itu akan menyebabkan risiko jangkitan yang amat tinggi walaupun mereka memakai pelitup.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply