ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM perkenal logo baharu Volkswagen di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam secara rasminya telah mengumumkan pengenalan logo baharu Volkswagen di Malaysia. Identiti baharu ini mewakili visi dan sikap baharu jenama dari Jerman itu, selain lebih menumpukan ke arah aplikasi digital dan unsur manusia, berbeza seperti sebelumnya.

Kali ini semua visualnya tampil lebih padu dan berwarna-warni. Ia turut diterjemahkan menerusi simbol jenama baharu seperti piktogram, tipografi, warna atau garis panduan susun atur. Logo baharu Volkswagen kini kelihatan lebih moden dan ringkas.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Ia dipersembahkan dalam rekaan yang mendatar dan dua dimensi, sekaligus memudahkannya untuk diadaptasi secara digital. Buat pertama kalinya juga Volkswagen memperkenalkan sebutan logo yang menggunakan suara wanita.

Menurut, Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pengenalan identiti baharu ini menggambarkan era baharu jenama tersebut. Katanya, mereka sentiasa menjadi perintis kepada permulaan beberapa inisiatif, dari jualan kereta menerusi laman e-dagang sehingga ke pelancaran bilik pameran digital.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Pengenalan identiti baharu Volkswagen ini juga merupakan salah satu daripada kempen penjenamaan semula antara yang terbesar di dunia, melibatkan 171 pasaran dan 10,000 cawangan pengedar. Di Malaysia sahaja sejumlah 21 cawangan pengedar akan dirombak secara luaran dan dalaman secara berperingkat, pada bulan-bulan yang akan datang.

Laman sesawang Volkswagen Malaysia dan saluran media sosial juga telah dirombak sejajar dengan pengenalan identiti baharu ini. Laman sesawang kini menampilkan navigasi pengguna yang lebih ringkas dan boleh diakses menerusi komputer atau peranti mudah alih, dengan maklumat lebih komprehensif mengenai barisan model, tawaran jualan dan selepas jualan, tempahan pandu uji, maklumat rangkaian pengedar, serta seksyen cerita dan bilik berita.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply