ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19 : Perodua sokong inisiatif kerajaan bantu industri automotif Malaysia

Berita Tempatan

Views

Berikutan pengumuman daripada Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) baru-baru ini, Perodua menyambut baik inisiatif kerajaan bagi memastikan kemampanan industri automotif Malaysia di sebalik situasi COVID-19 yang masih berlangsung.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, sebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, pihanknya rela dan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk mengekalkan kemampanan industri dalam masa yang sukar ini.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

MARii menganggarkan penurunan jualan kenderaan baharu sebanyak 28 peratus tahun ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) minimum 500,000 unit diperlukan pada 2020 untuk menjamin kelangsungan perniagaan-perniagaan automotif.

Insentif-insentif yang disebutkan MARii untuk merangsang jualan kenderaan termasuk pengecualian sementara bayaran pendahuluan, pengurangan kadar faedah pinjaman dan subsidi bersama antara pengeluar kenderaan dan kerajaan bagi cukai jalan dan insurans untuk jangka masa terhad.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Tambah Zainal, Perodua yakin bahawa dengan kerjasama kerajaan, industri automotif bersama dengan ekosistem pembekal dan pengedar akan berjaya mengharungi masa sukar ini bersama. Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam lima bulan pertama 2020, menguasai 41 peratus pasaran berbanding TIV yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat tahun ini (YTD).

Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan modelnya, Perodua telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lepas untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan. Perodua juga memainkan peranannya untuk menyokong ekosistem pembekal dan pengedarnya.

Selain komitmen jumlah, Perodua juga membantu dan menyokong mereka melalui pelaburan dan pembelian dahulu, jangka masa kredit yang lebih lama serta pelbagai inisiatif transformasi dan program pembangunan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply