ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda HR-V RS kini dengan pilihan warna kemasan dalaman baharu

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan tambahan warna baharu, coklat gelap untuk kemasan kulit ruang dalaman model HR-V RS. Pelanggan kini boleh memilih sama ada warna kemasan kulit coklat gelap atau hitam sedia bagi memenuhi gaya hidup dan personaliti mereka.

Warna baharu ini akan menghiasi konsol tengah, panel depan, kerusi pemandu dan penumpang (depan dan belakang) serta jejalur pada panel pintu. Kemasan kulit coklat gelap secara eksklusif diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan ia dibuka untuk tempahan di 101 pengedar sah Honda seluruh negara.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Setakat ini, lebih daripada 91,000 unit HR-V telah didaftarkan sejak ia diperkenalkan pada 2015. Model faceliftnya pua telah dilancarkan pada Januari 2019 dan telah terjual lebih dari 19,000 unit dengan varian RS menyumbang sebanyak 21 peratus dari jumlah jualan keseluruhan. Model ini kekal sebagai SUV kompak Bukan-Nasional nombor satu dengan 85 peratus pegangan pasaran.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, HR-V RS menerima sambutan luar dugaan sejak ia diperkenalkan pada awal 2019 dan berdasarkan maklum balas pelanggan, mereka memberikan satu lagi pilihan buat mereka.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

HR-V RS dijana oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams dan turut menampilkan ciri sistem stereng Pelbagai Nisbah Gear (VGR) untuk pemanduan yang lebih sporty dan responsif.

Model ini turut dilengkapi dengan paparan audio 7-inci, tuil gear tangan (paddle shift) dan Honda LaneWatch. Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Penahan Brek Automatik (ABH), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan kerusi belakang ISOFIX.

HR-V RS dengan kemasan kulit coklat gelap dijual pada harga RM124,800 seunit, hampir sama dengan varian semasa RS. Varian ini ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply