ARKIB

KATEGORI

Buletin

CSH peroleh lesen pasang van elektrik BYD T3 di Tanjung Malim

Berita Tempatan

Views

Alliance EV Sdn Bhd (AEV), anak syarikat milik penuh CSH Alliance Bhd (CSH) memperoleh lesen pengilang bagi pemasangan van elektrik komersial serta kelulusan model van, khususnya BYD T3 EV.

Usaha pemasangan tempatan bagi model berkenaan akan dijalankan di kawasan seluas 22.2 hektar di Tanjung Malim, Perak, kata CSH dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia.

AEV kini dalam proses memohon permit Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan bagi membawa masuk unit siap pasang sepenuhnya (CBU) BYD T3 EV ke negara ini bagi tujuan pengedaran sebelum membangunkan kilang pemasangan tempatan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bagi lesen pengilang itu, CSH berkata AEV akan meneruskan usaha untuk memuktamadkan perjanjian komersial terperinci dengan BYD Malaysia Sdn Bhd membabitkan kilang berkenaan.

CSH menceburi industri kenderaan elektrik (EV) yang sejajar dengan matlamatnya untuk menjana tenaga masa depan menerusi usaha pemeteraian memorandum persefahaman dengan BYD Malaysia.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Eksekutif CSH, Jeff Chong, berkata sasaran seterusnya syarikat berkenaan adalah untuk membawa masuk van CBU bagi sektor komersial di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menurutnya, langkah itu dijangka memberi manfaat kepada industri komersial khususnya sektor logistik dan pengangkutan dari segi pengurangan pelepasan karbon.

Katanya, “Secara bersama, kita dapat mengurangkan jejak karbon Malaysia dan mewujudkan persekitaran lebih lestari untuk generasi masa depan”.

CSH berkata, lokasi strategiknya di Tanjung Malim terletak dalam kawasan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) dan turut menempatkan kilang pembuatan automotif terbesar di Malaysia dengan syarikat rantaian bekalan komprehensif di sekitarnya.

AHTV adalah projek berimpak tinggi yang dapat memacu industri automotif negara serta disasarkan sebagai hab industri automotif bagi rantau Asean. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit hsev.co

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply