ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia jual 3,194 unit kenderaan pada 2022, naik 43 peratus berbanding tahun 2021

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia menutup tahun 2022 dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak 3,194 unit untuk keseluruhan model kereta. Ia menunjukkan peningkatan 43 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus merupakan rekod tertinggi bagi syarikat tersebut.

Bulan Disember 2022 merupakan bulan paling berjaya buat Volvo Car Malaysia dengan mencatatkan jualan lebih daripada 395 unit.

Pencapaian tersebut dirangsang oleh pelancaran dua kenderaan elektrik pemasangan tempatan (CKD) pertamanya iaitu, Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Model Volvo C40 Recharge Pure Electric menyaksikan sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada 100 kereta ditempah dalam talian hanya 10 hari selepas pelancarannya pada 14 Disember 2022.

Kedua-duanya dipasang di kilang pembuatan Volvo di Shah Alam, adalah dua kenderaan elektrik tulen pemasangan tempatan pertama yang dijual di Malaysia.

Volvo Car Malaysia juga komited ke arah cita-cita globalnya untuk kemampanan dan berada di landasan untuk menjadi syarikat kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030. Mereka juga menyasarkan 75 peratus daripada jualannya datang daripada barisan Recharge Pure Electric mereka menjelang 2025.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, dengan peningkatan bahagian pasaran kenderaan elektrik sepenuhnya keluaran Volvo di seluruh dunia, beliau berharap perkara yang sama akan berlaku di Malaysia.

Di peringkat global, Volvo Cars mencatat jumlah jualan sebanyak 615,121 kereta untuk tahun 2022. Ini tidak dapat dielakkan berikutan masalah rantaian bekalan dan sekatan pengeluaran berkaitan wabak Covid-19.

Sungguh pun begitu, permintaan untuk kereta Volvo kekal kukuh dengan jualan keseluruhan barisan Recharge dengan rangkaian kuasa hibrid Pure Electric dan Plug-in mencecah 43.8 peratus pada Disember 2022 di mana kereta elektrik sepenuhnya menyumbang 20.1 peratus daripada jualan global untuk bulan yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply