ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba larikan diri – 7 kereta peronda polis hambat dan kepung Myvi

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang cuba melarikan diri dari pihak polis telah memecut keretanya sejauh 15 kilometer (km) sekitar bandar Johor Bahru selain dilapor merempuh beberapa kenderaan lain sebelum berjaya diberkas.

Untuk menghalangnya, pihak polis terpaksa mengerahkan tujuh buah kereta peronda untuk mengejar dan mengepung kenderaan dipandu remaja terbabit sebelum ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Tebrau, di Johor Bahru, jam 10.30 pagi tadi.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Terdahulu, suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi enggan memberhentikan kenderaan dipandunya itu selepas diarahkan anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Tebrau hingga ke Taman Mutiara Emas Utama menyebabkan polis terpaksa mengejarnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan. Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas suspek, pihak polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang miliknya.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Jelas beliau, ia termasuklah 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah ecstacy seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis ecstacy seberat 4.61 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat 9.84 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram.

Ayob Khan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan penjara hingga lima tahun dan disebat hingga sembilan sebatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply