ARKIB

KATEGORI

Buletin

PPDNHEP Cawangan Segamat sita 52 topi keledar tak ikut piawaian

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Cawangan Segamat menyita 52 unit topi keledar kerana kesalahan melibatkan penandaan standard keselamatan peralatan itu dalam satu operasi di sebuah premis perniagaan di Labis.

Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Cawangan PPDNHEP Cawangan Segamat, Mohd. Shazuary Md.Sarip berkata, operasi berkenaan telah dilaksanakan pada pukul 10.25 pagi oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa berkenaan.

Tambah beliau, kesemua topi keledar tanpa jenama dengan pelbagai warna yang dirampas itu bernilai RM1,820. Operasi ini dijalankan susulan aduan awam terhadap penandaan standard keselamatan digunakan ke atas topi keledar motosikal yang dijual di premis terbabit.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Mohd. Shazuary berkata, pihaknya melakukan risikan selama beberapa hari sebelum mengenal pasti premis itu yang menjadi lokasi penjualan dan penyimpanan topi keledar motosikal secara haram. Tambahnya, premis tersebut juga didapati menjual topi keledar berkenaan pada harga antara RM30 sehingga RM35.

Katanya, ia rampasan dan serbuan pertama dilakukan di sekitar Segamat setakat ini. Pihaknya memandang serius isu ini dan menyerbu premis yang dikesan mengimport serta mengedarkan topi keledar yang tidak menepati piawaian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Perihal Dagangan 2011 Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Topi Keledar Motosikal) 2012 kerana disyaki membekalkan atau menawarkan untuk dibekalkan topi keledar motosikal yang tidak mempunyai penandaan Standard Malaysia ‘MS1’ atau Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah bertanda ‘E Mar’.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Hukuman bagi kesalahan itu adalah denda tidak melebihi RM25,000 jika ia melibatkan pertubuhan atau perbadanan bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Bagi bukan pertubuhan pula boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tambah Mohd. Shazuary, harga topi keledar yang murah itu hanya disaluti gabus pada struktur dalamnya yang berisiko mudah retak sehingga boleh mengundang maut kepada pemakai. Tambah beliau lagi, masih ada penunggang motosikal yang tegar menggunakan topi keledar mudah retak yang dijual murah di pasaran.

Kebanyakan topi keledar tanpa kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad itu adalah antara penyumbang kepada punca kematian mangsa kemalangan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply