ARKIB

KATEGORI

Buletin

Curi Nissan Navara di bilik pameran dan jual dengan harga RM10k, dua suspek ditahan

Berita Tempatan

Views

Pacuan empat roda jenis Nissan Navara bernilai RM180,000 dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM10,000 rupanya kenderaan yang dicuri di premis pameran kenderaan dalam kejadian di Jalan Lintas Kapayan baru-baru ini.

Bagaimanapun, kenderaan itu berjaya ditemui semula selepas dua suspek kes pecah premis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah premis pameran kenderaan itu berlaku kira-kira jam 4.20 pagi 8 Mac lalu di Jalan Lintas, Kapayan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Katanya, hasil risikan serta maklumat awam berjaya mengesan suspek lelaki berusia 39 dan 36 tahun yang bersembunyi di Semenanjung selepas melarikan dua unit Nissan Navara di premis berkenaan.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan sebaik mereka tiba dari Semenanjung dan hasil siasatan mereka mengaku terlibat dalam kes ini serta menjual sebuah pacuan empat roda kepada seorang pembeli lelaki berusia 28 tahun di Kolombong dengan harga RM10,000.

Suspek kemudian menunjukkan dua kenderaan yang disembunyikan iaitu yang dijual kepada pembeli ditemui di sebuah kediaman di Kolombong dan sebuah lagi ditinggalkan di belakang pasar raya di Manggatal.

Hasil pemeriksaan juga mendapati, pembeli telah menukar rim kenderaan yang dicuri ke sebuah lagi kenderaan milik keluarganya.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Katanya lagi, dengan penahanan suspek utama kes itu, polis berjaya menyelesaikan pelbagai kes pecah rumah dan curi yang dilakukan suspek bukan saja di negeri ini tetapi juga di Selangor dan Perak.

Suspek mempunyai rekod kes jenayah lampau termasuk pernah dikenakan pengawasan polis di Perak dan Pulau Pinang. Namun selepas dibebaskan pada 2022, mereka kembali ke Sabah dan melakukan jenayah.

Mohd Zaidi dalam pada itu turut memaklumkan, pihaknya sedang mengesan seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

Suspek lelaki berusia 37 tahun adalah rakan sejenayah dua suspek yang telah ditahan dan suspek ini merupakan pemandu ketika kes pecah premis pameran itu dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply