ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek ECRL berjaya capai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan

Berita Tempatan

Views

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) hari ini mengumumkan yang Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan (LTI).

Ini selaras dengan usaha mereka dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja semasa fasa pembinaan jajaran rel sepanjang 665 km itu.

Ia telah direkodkan pada hujung bulan Februari 2023 yang berasaskan pelaksanaan bekerja secara selamat 24 jam sehari dan 7 hari seminggu (24/7) serta kerjasama yang efektif di setiap peringkat projek.

Pengumuman tersebut telah dibuat bersempena dengan perasmian Kempen Keselamatan dan Kesihatan ECRL 2023 di casting yard projek Seksyen 4 di Dungun.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kempen yang bertemakan “Waspada Demi Hari Esok” telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Sri Darwis Abdul Razak, Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH), Mohd Anuar Embi.

Sehingga kini, Projek ECRL dianggarkan mempunyai 17,000 tenaga kerja yang merangkumi kakitangan dari pemilik projek, kontraktor EPCC dan sub-kontraktor-sub-kontraktor.

Datuk Sri Darwis berkata. pelancaran kempen ini bertepatan pada masanya bagi memupuk kesedaran keselamatan, mengenal pasti potensi bahaya, dan meningkatkan keyakinan pekerja.

Tambah beliau, ia juga sejajar dengan pembinaan pesat dan peningkatan bilangan sehingga 350 tapak kerja utama sepanjang jajaran ECRL pada masa ini.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Projek ECRL telah melancarkan kempen keselamatan yang pertama pada Mac 2021 dan giat menjalankan penambahbaikan progresif terhadap sistem pengurusan keselamatan, antaranya latihan kepada lebih 1,000 kakitangan melalui simulasi dan latihan ketangkasan reaktif.

Ia dijalankan di Pusat Latihan Keselamatan di Kemaman, Maran dan Bentong yang telah diluluskan oleh DOSH. Pusat latihan ini juga menyediakan latihan kecekapan yang melibatkan Authorized Entrant and Standby Person untuk ruang terkurung.

Fasiliti ini dilengkapi teknologi realiti maya (VR) yang membolehkan simulasi dengan hampir 100 situasi berpotensi berbahaya di tapak pembinaan.

Ia dapat menawarkan pengalaman seperti pemindahan dari terowong, kejutan elektrik, ujian asas topi keledar keselamatan dan penolakan penahan dinding.

Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi pula berkata, dengan adanya simulasi VR para pekerja tidak perlu hadir lagi ke taklimat keselamatan dan dapat merasai situasi berbahaya tanpa berhadapan dengan kecederaan, menerusi kaedah pembelajaran yang menarik dan lebih interaktif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply