ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ji Yue 01 bakal dilengkapi bateri bilah SVOLT 196Ah

Berita Tempatan

Views

Jenama teknologi pintar premium usahasama antara Geely dan Baidu, Jiyue bakal menggunakan sel bateri bilah SVOLT 196Ah pada model sulungnya, iaitu Ji Yue 01.

Awal minggu lalu, Kementerian Perindustrian China meluluskan Ji Yue 01 untuk pengeluaran. Data yang disediakan dalam katalog kementerian menunjukkan Ji Yue 01 bakal ditawarkan dalam tiga versi.

Dua versi akan menggunakan sel bateri ‘ternary‘ keluaran CATL, manakala versi ketiga akan dilengkapi bateri litium-besi fosfat (LFP) SVOLT.

Pada bulan Mei, bateri bilah generasi kedua SVOLT mula dikeluarkan di kilang pengeluaran di Nanjing. Ukuran panjang sel ini adalah 300 hingga 600mm, serta mempunyai ketumpatan gravimetrik 185Wh/kg dan ketumpatan isipadu 30Wh/L.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia membolehkan pengecasan 1.6C sehingga 80 peratus dari 30 peratus dalam tempoh 30 minit. Bateri sel LFP 600mm membolehkan kenderaan elektrik kompak mencapai jarak pemanduan sekitar 500 hingga 600km, manakala versi NMC boleh mencapai jarak sehingga 800km.

Geely dan Baidu pada mulanya mengasaskan usaha sama yang dipanggil Jidu pada 2021, dengan Baidu memegang 55 peratus saham dan baki 45 peratus saham lagi dipegang oleh Geely.

Pada Jun 2022, Jidu mendedahkan kereta konsep pertamanya yang dipanggil Robo-01 dan mula mempamerkannya di kebanyakan pameran auto sekitar China.

Mereka juga telah mendedahkan model keduanya, iaitu sedan bernama Robo-02. Pada November 2022, Jidu melancarkan pra-jualan Jidu Robo-01 Lunar Edition, yang bakal memulakan penghantaran pada Januari 2023.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Namun, nampaknya mereka gagal mendapatkan kebenaran pengeluaran daripada pihak Kerajaan. Jadi, Baidu dan Geely memutuskan untuk menstruktur semula usahasama itu.

Oleh yang demikian, ia telah dinamakan semula kepada Ji Yue dengan Geely memiliki 65 peratus dan Baidu, 35 peratus. Model kenderaan pertama juga telah dinamakan semula kepada Ji Yue 01.

Ia merupkan pengganti kepada kereta konsep Robo-01 dan diletakkan sebagai crossover SUV. Menurut maklumat yang diisytiharkan dalam katalog kementerian, Ji Yue 01 akan ditawarkan dalam versi motor tunggal dan dwimotor.

Versi motor tunggal akan dilengkapi dengan motor 200 kW, manakala versi dwi-otor akan dilengkapi dengan motor hadapan dan juga belakang, yang masing-masing menghasilkan 200 kW dengan kuasa keseluruhan 400 kW.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply