ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah la menyamun, positif dadah pula

Tular

Views

Tular satu video yang memaparkan sekumpulan lelaki yang bertindak ganas dengan menendang dan memecahkan cermin sebuah kenderaan di daerah Klang Selatan sejak semalam. Menerusi siaran media yang dimuat naik ke laman Facebook Polis Klang Selatan berhubung dengan video tersebut, pihaknya memaklumkan yang ianya merupakan kes samun.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Polis Klang Selatan turut mengesahkan satu laporan polis berkaitan video berkenaan. Kejadian berlaku pada 18 April 2021 (semalam) kira-kira jam 4.30 petang semasa mangsa, seorang lelaki Cina sedang memandu Perodua Myvi bersama sepupunya di Taman Sentosa, Klang yang secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih dinaiki empat lelaki Melayu.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukul mangsa dengan menggunakan kayu serta merampas telefon bimbit milik sepupu mangsa. Polis Klang Selatan telah berjaya menangkap kesemua individu yang terlibat dengan kejadian ini.

Tambah kenyataan itu lagi, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphethamine. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “[email protected]” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply