ARKIB

KATEGORI

Buletin

Orang lain hutang ‘Ah Long’, Toyota Vios orang lain hangus kena bakar

Berita Tempatan

Views

Gara-gara penghuni lama berhutang, sebuah keluarga di Jalan Indah 22/5, Taman Bukit Indah di Johor Bahru berdepan dengan detik cemas apabila kereta diletakkan di garaj terbakar dipercayai angkara perbuatan geng ‘Ah Long‘ semalam.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, keluarga berkenaan turut menemukan nota berunsur ugutan diletakkan di kawasan rumah berkenaan.

Beliau berkata, penghuni yang tinggal di rumah berkenaan sejak setahun lalu mendakwa bebas daripada hutang ceti haram. Jelasnya, penghuni lama rumah tersebut dipercayai pernah berhutang dengan Ah Long tetapi penghuni baharu menjadi sasaran.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Tambahnya, satu nota ditemukan di tempat kejadian yang berbaur ugutan. Katanya, kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan kes disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan. Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta Toyota Vios yang musnah 50 peratus.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 pagi dan menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian. Tambahnya lagi, operasi pemadaman kebakaran telah ditamatkan pada jam 5.41 pagi dan anggaran kerugian masih lagi disiasat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply