ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah la pandu lebih had laju, kantoi pula guna ‘lesen terbang’ – Warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular satu hantaran yang dimuatnaik oleh laman Facebook Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force yang memaparkan foto lesen memandu Malaysia dan sebuah Honda Accord berwarna hitam.

Menurut mereka, seorang wanita warganegara Malaysia berusia 26 tahun telah ditahan oleh Peronda Lebuhraya Griffith kerana memandu melebihi had laju dan ‘kantoi guna lesen terbang‘.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Wanita yang telah menetap di New South Wales sejak enam tahun lalu memandu Honda Accord berwarna hitam pada kelajuan kelajuan 113 km/j, di zon had laju 100 km/j pada 22 Disember 2021.

Semasa ditahan, wanita itu menunjukkan lesen memandu Malaysia miliknya dan setelah semakan dibuat di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), wanita tersebut sebenarnya tidak memiliki sebarang lesen memandu.

Ditambah pula peronda lebuh raya tersebut turut mengesan nombor siri yang tidak konsisten pada lesen tersebut. Sebenarnya, wanita tersebut hanyalah pemegang lesen pelajar (lesen L) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa New South Wales.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Pihak Interpol turut mengesahkan yang lesen memandu wanita tersebut adalah palsu dan setelah disoal siasat dia mengakui telah meminta bantuan seseorang bagi memperolehi lesen palsu berkenaan.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan tiga notis kesalahan jalan raya terhadap wanita terbabit, antaranya:

  • Tidak ditemani oleh pemandu berlesen/pegawai polis atau penguji kerana masih memegang lesen pelajar
  • Tidak mempamerkan plet L pada kenderaan
  • Pemegang lesen L yang memandu melebihi had laju yang dibenarkan

Selain itu, wanita tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Griffith pada 13 April 2022 atas kesalahan memiliki dokumen palsu untuk mempengaruhi amalan tanggungjawab awam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply