ARKIB

KATEGORI

Buletin

Minyak masak ALIF diumum sebagai penaja Liga Malaysia 2022

Berita Tempatan

Views

Buat julung kalinya Sime Darby Oils (SDO) menerusi jenama minyak masak ALIF diumumkan sebagai penaja Liga Malaysia. Perjanjian tajaan bersama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk tahun 2022 telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan SDO, Mohd Haris Mohd Arshad.

Bersempena dengan pengumuman khas itu, SDO turut memperkenalkan produk terbaharu ‘Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3‘, selaras dengan komitmen syarikat tersebut untuk menawarkan produk berkualiti kepada para pengguna Malaysia.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Mohd Haris berkata, sokongan jenama minyak masak itu terhadap sukan terbesar negara adalah wajar supaya kebaikan ALIF, minyak masak yang dihasilkan secara mampan pertama di Malaysia, dapat dikongsi dengan lebih ramai pengguna.

Untuk para peminat bola sepak, SDO telahpun merancang pelbagai program dan aktiviti bercorak gaya hidup yang akan dilaksanakan di stadium dan juga pusat membeli-belah terpilih dengan kerjasama rakan-rakan niaga.

Ini termasuklah aktiviti-aktiviti bersama personaliti bola sepak terkenal dan para peminat mereka di setiap negeri di seluruh negara.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata penyertaan ALIF sebagai minyak masak rasmi adalah suatu yang mengujakan bagi arena bola sepak tempatan, kerana ia membawa mesej yang positif bahawa liga bola sepak tempatan mempunyai tarikan yang tersendiri.

Kerjasama ALIF dan MFL menandakan satu lagi penyertaan baharu jenama tempatan terkemuka yang menghargai dan menyokong industri bola sepak tempatan sebagai platform yang boleh meningkatkan kesedaran jenama.

Produk minyak masak terbaharu ini diperkaya dengan vitamin D3 yang membantu meningkatkan sistem imuniti. ‘Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3’ boleh didapati di semua pasaraya terkemuka tempatan mulai Mei 2022 dan dijual dalam pek botol 5kg, 3kg, 2kg dan 1kg.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply