ARKIB

KATEGORI

Tular

Dah macam dalam filem Pendekar Bujang Lapok, skuter tergantung atas kabel elektrik

Tular

Views

Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan sebuah motosikal jenis skuter tergantung di atas kabel elektrik di bandar Jammu, wilayah Jammu dan Kashmir, lapor laman berita India Times hari ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beberapa penduduk yang lalu lalang dilihat turut merakam gambar skuter tersebut sambil menyatakan rasa hairan melihat bagaimana kenderaan itu boleh tergantung dalam keadaan seperti itu.

Sebilangan warganet berkata, skuter itu diterbangkan angin ketika kejadian ribut pada 18 Jun lalu. Namun, tiada individu yang mengesahkan perkara tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Video skuter itu tular di laman Twitter dan menerima pelbagai komen warganet. “Sila parkir motosikal anda di tempat yang paling selamat,” kata seorang warganet.

“Mungkin ia skuter elektrik, jadi, ia sedang dicas secara terus (menggunakan talian elektrik),” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply