ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sukarelawan Perodua ‘hijaukan’ Taman Alam Kuala Selangor, tanam 1,700 pokok bakau

Berita Tempatan

Views

Perodua meneruskan komitmennya terhadap pemuliharaan alam semula jadi dengan menganjurkan Program Penanaman Pokok Perodua di Taman Alam Kuala Selangor di Kuala Selangor baru-baru ini.

Program tanggungjawab sosial korporat ini adalah kesinambungan daripada Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS) yang diperkenalkan pada suku keempat 2021, dengan sasaran untuk menanam sebanyak 300,000 pokok menjelang akhir 2023.

Sejak pelancaran inisiatif berkenaan sehingga kini, kira-kira 174,000 pokok telah ditanam dan baki 133,000 pokok lagi dijangka akan ditanam menjelang akhir tahun ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pokok bakau adalah bahagian penting di dalam ekosistem Malaysia kerana ia membantu melindungi tebing sungai daripada risiko alam sekitar, terutamanya daripada banjir dan tsunami.

Selain itu, pokok bakau melindungi kualiti air dengan menyingkirkan nutrien dan bahan pencemar daripada aliran air ribut sebelum sampai ke habitat rumput laut dan terumbu karang.

Ia juga menjadi tempat habitat buat ikan-ikan komersial dan kerang-kerangan, sekali gus menyumbang kepada limpahan makanan laut tempatan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah beliau, Perodua kini sedang melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan program seumpama ini adalah penting kerana ia mencerminkan komitmen syarikat ke arah mencapai matlamat itu.

Ujar beliau lagi, acara penanaman pokok ini juga berkaitan dengan salah satu matlamat SDG iaitu matlamat nombor 15, Hidupan Atas Darat.

Objektifnya adalah untuk mencegah kehilangan biodiversiti, menghentikan degradasi tanah, menghentikan penggurunan, melindungi, memulih, dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat serta mengurus hutan secara mampan.

Kira-kira 120 sukarelawan Perodua terlibat di dalam program yang berlangsung selama sehari itu. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Cik Noor Zakiyah Hasan dan Pengurus Besar Divisyen Perhubungan dan Komunikasi Korporat, Puan Sulasi Haji Mahadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply