ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu sedang persiapkan pencabar Suzuki Jimny, mungkin dikenali sebagai Rugger

Berita Global

Views

Daihatsu dikatakan bakal ‘mengacau’ pasaran Suzuki Jimny dan kini sedang rancak membangunkan sebuah SUV mini dengan gaya reka bentuk moden retro. Model tersebut dijangka bakal membuat kemunculan sulung di Jepun pada pertengahan tahun 2023.

Menurut portal automotif berbahasa Jepun bestcarweb.jp, model ini akan berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut dikongsi bersama sebuah lagi model SUV mini, Taft.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ia tidak seperti Jimny yang dibina berasaskan casis kerangka-tangga (ladder-frame). Model SUV itu juga akan dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda (4WD) ‘on demand‘, sama seperti Taft.

Menurut rakan media di WapCar.my, ia akan dikenali dengan nama ‘Rugger‘ yang merupakan salah satu model off-road Daihatsu di era 1980-an dan 1990-an.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Model ini turut mempunyai versi tukar lencana di Jepun yang dikenali sebagai Toyota Blizzard. Julat anggaran harganya pula dianggarkan sekitar 1.5 juta hingga 2 juta yen (RM 49k-65k), hampir setara dengan harga Jimny di Jepun.

Setakat ini masih belum ada butiran lanjut mengenainya dan dikhabarkan ia mempunyai reka bentuk yang agak liar dan ranggi.

Apa yang pasti, model ini mungkin tidak dijenamakan semula sebagai Perodua kerana Daihatsu tidak berhasrat untuk memasarkannya ke luar negara. Maknanya kita di sini kena tunggu SUV kompak Perodua D66B je lah ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit bestcarweb.jp dan spyder7

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply