ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Esprit yang pernah jadi ‘kapal selam’ James Bond untuk dilelong, harga RM104,998 jer!

Berita Global

Views

Kereta sport klasik Lotus Esprit yang ditampilkan filem James Bond, “The Spy Who Loved Me” pada tahun 1977, boleh menjadi milik anda pada harga cuma £20,000 (RM104,998), lapor portal berita The Sun.

Kenderaan popular itu akan dikenang selama-lamanya sebagai kereta amfibia yang digunakan oleh pemegang watak perisik Britain tersebut, Roger Moore.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Adegan malar segar menampilkan kereta itu berubah menjadi kapal selam di laut. Selepas menonton filem popular itu, seorang petani segera mendapat inspirasi untuk membeli Lotus Esprit tersebut.

Namun, dia jatuh sakit beberapa tahun lalu dan terpaksa melepaskan kenderaan cantik itu dari kandang di ladangnya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kereta ikonik yang mempunyai enjin berkapasiti 2.2 liter itu telah berhabuk tetapi kini keluarganya telah memutuskan untuk menjual Lotus Esprit itu menerusi acara lelongan oleh firma Charterhouse Auctions di Sherbourne, Dorset.

Kakitangan firma lelongan itu, Richard Bromell berkata: “Saya pasti pemilik baru yang bertuah akan membaik pulih Lotus ini dan kembali memandunya di jalan raya dalam masa yang singkat.”

Kereta model Esprit v3 itu adalah salah satu daripada 1,053 unit yang dibina oleh pengilang Britain, Lotus dan cuma sebilangan kecil yang masih wujud pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply