ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran digital Honda City facelift 2023, sikit je berubah tapi nampak lebih garang

Impresi Artis

Views

Generasi kelima model sedan segmen-B, Honda City bakal memasuki fasa pertengahan kitaran hayatnya dan akan dikemaskini pada tahun 2023.

Dalam artikel terdahulu, beberapa foto intip Honda City facelift lengkap dengan celoreng penyamaran telah berjaya dirakam di India.

Honda City facelift ini bakal dilancarkan pada bulan Mac 2023 di India. City facelift bakal menampilkan beberapa perubahan kosmetik luaran, ciri baharu dan varian baharu.

Portal automotif dari India, Rushlane.com telah menggunakan kepakaran individu berama Pratyush Rout untuk memberi gambaran digital bagaimana rupa City facelift.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Difahamkan Honda akan menggunakan strategi yang sama dengan Amaze facelift, pada City facelift iaitu perubahan secara minima.

Meskipun imej gambaran digital mungkin berbeza dengan model sebenar, ia kelihatan lebih segak dan kemas. Sekilas pandang, bahagian hadapannya mirip Volkswagen Arteon.

Kemasan pada palang pada atas jeriji telah dicat mengikut warna badan kereta dan menjadikan bonetnya lebih panjang.

Ia kelihatan memberi gambaran visual solah-olah ada perubahan keseluruhan bentuk lampu, namun yang berubah hanyalah di bahagian penjuru sahaja.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Bentuk liang udara pada sisi kiri dan kanan bampar juga kelihatan lebih besar dan nampak lebih sporty. Selain itu, lampu kabus LED yang sebelum ini berbentuk buat digantikan dengan jenis melintang.

Beberapa cadangan pilihan warna turut dikongsikan, namun tidak dipastikan sama ada penambahan warna baharu ataupun tidak. Setakat ini, hanya visual gambaran bahagian hadapan sahaja yang dikongsikan.

Dari segi rangkaian kuasa pula, Honda dikatakan tidak lagi menawarkan enjin diesel 1.5-liter, dan hanya menawarkan pilihan enjin petrol 1.5-liter aspirasi alami (NA) dan versi hibrid, Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD).

Model ini dijangka mengekalkan teknologi Honda SENSING yang terdiri daripada:

  1. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  2. Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  3. Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  4. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  5. Penghindar Terbabas (RDM)
  6. Amaran Keluar Lorong (LDW)
  7. Lampu Tinggi Automatik (AHB)

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pratyush Rout dan Rushlane

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply