ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Sirion terima anugerah ‘kereta bandar terbaik’ pilihan anak muda Indonesia

Berita Global

Views

Baru-baru ini kembar Perodua Myvi, Daihatsu Sirion telah berjaya meraih anugerah ‘kereta bandar terbaik’ pilihan anak muda di Indonesia semasa acara Marketeers Youth Choice Brands of The Year 2020 yang dilangsungkan pada 25 hingga 26 November 2020.

Anugerah yang dianjurkan oleh MarkPlus, Inc. dan Marketeers secara dalam talian ini adalah acara penghargaan bagi jenama-jenama yang menjadi pilihan Generasi Z. Ia berdasarkan  hasil kaji selidik yang dilakukan Marketeers pada bulan Oktober hingga November lalu terhadap 1.300 responden kalangan Generasi Z di seluruh Indonesia yang berusia di antara 18 hingga 25 tahun.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Majoriti daripada mereka terdiri daripada mahasiswa dari beberapa pusat pengajian tinggi di negara republik itu. Pengarah Pemasaran dan Pengarah Perancangan Komunikasi & Korporat PT Astra Daihatsu Motor (ADM), Amelia Tjandra berkata, pihaknya bersyukur kerana Sirion menerima anugerah ini. Tambahnya, model ini sangat sesuai untuk golongan muda kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri infohiburan yang terkini.

Sesuai dengan slogan produknya ‘Sahabat Muda’, Sirion tampil dengan reka bentk yang bergaya dan sporty dengan aerokit baru, pelbagai ciri yang menarik dan menghiburkan serta penyelenggaraan yang mudah. Ini merupakan tiga faktor utama yang membuatkan Sirion menarik perhatian dan sesuai dengan golongan muda.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Dari segi keselematan, ia dilengkapi dengan Kwalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TC), Brek Anti-Kunci (ABS) dan juga Agihan Brek Elektronik (EBD). Selain itu, Sirion juga dilengkapi 4 beg udara, penderia parkir depan dan belakang, kamera parkir, ISOFIX, dan tali pinggang 3 titik untuk semua penumpang.

Sirion turut dilengkapi dengan lampu depan jenis LED dengan ciri follow me home, pelaras suluhan lampu depan dan pengelap cermin dengan teknologi pengesan kelajuan automatik. Model hatchback kompak buatan Malaysia yang dipasang di Sungai Choh, Rawang itu ditawarkan dalam 5 pilihan warna termasuk 2 warna baharu, Electric Blue Metallic dan Granite Gray Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply