ARKIB

KATEGORI

Tular

Aksi spontan Mat Motor ini ‘menganjing’ geng basikal buat warganet terhibur

Tular

Views

Kebelakangan ini ‘geng basikal’ sering menjadi buah mulut masyarakat, khususnya warganet yang ‘membawang sakan’ apabila timbul isu panas melibatkan golongan tersebut. Pelbagai tohmahan secara kecaman dibuat secara berterusan di laman-laman sosial sekiranya ada foto atau video tular yang memaparkan aksi berbahaya golongan ini di jalan raya.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Bukan sekadar berkayuh secara melulu serta berbahaya, golongan ini juga dilihat tidak cakna dengan persekitaran kerana sebelum ini tular sekeping gambar yang memaparkan aksi sekumpulan ‘geng basikal’ secara beramai-ramai memanjat bulatan Almina di Shah Alam. Kelmarin seorang penunggang basikal maut akibat digilis dengan lori semasa menunggang secara bersendirian di Putrajaya.

Mungkin disebabkan bosan dan ‘meluat’ dengan gelagat golongan tersebut, beberapa hari lalu tular satu video yang memaparkan telatah seorang mat motor sedang cuba ‘menganjing’ beberapa penunggang basikal yang sedang berkayuh di jalan raya.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Lelaki tersebut akan membuat aksi “kayuhan atas angin” sambil menunggang kapcainya setiap kali melintas penunggang basikal. Ternyata aksi tersebut telah berjaya menghiburkan warga Twitter dan ia mula tular di saluran media sosial yang lain. Ia mula dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok oleh @theredbeaniegirl.

Pelbagai reaksi diberkan oleh warganet yang rata-rata terhibur dengan aksi spontan itu, namun ada juga yang kurang senang dan menyifatkan tindakan tersebut tidak wajar. Pada kami, perkara ini bukanlah isu besar yang perlu diperdebatkan kerana ia sekadar hiburan semata-mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply