ARKIB

KATEGORI

Buletin

TOGG rasmi fasiliti pengeluaran – Pertonton model produksi pertama buatan Turkiye, SUV elektrik segmen-C

Berita Global

Views

Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu (TOGG), baru-baru ini melancarkan fasiliti pengeluaran sulungnya yang dirasmikan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan.

TOGG walaubagaimanapun tidak mengumumkan nama model SUV berkenaan semasa acara tersebut berlangsung. Namun, kita sudah dapat melihat bagaimana rupa sebenar model produksi pertama syarikat itu, iaitu sebuah SUV dalam segmen-C.

SUV elektrik (EV) itu bakal ditawarkan dengan pilihan motor tunggal dan dwi motor, dua pilihan kapasiti bateri dan anggaran jarak tempuhnya antara 300 kilometer (km) dan 500 km.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Harga jualan model SUV ini juga masih dirahsiakan dan syarikat berkenaan memaklumkan, pra-jualannya dijadualkan bermula pada Februari 2023, manakala bulan berikutnya (Mac), ia akan mula dijual secara rasmi.

TOGG berkata, kilang pengeluaran itu dijangka mampu menghasilkan antara 17,000 hingga 18,000 unit kenderaan pada tahun pertamanya. Syarikat itu juga membuat spekulasi bahawa menjelang 2030, kilang itu akan menghasilkan lebih daripada 1 juta kereta.

Semasa majlis perasmian itu, turut diumumkan bahawa TOGG tidak akan menggunakan sistem berasaskan pengedar. Sebaliknya, pengguna akan dapat memesan menerusi aplikasi mudah alih yang dipanggil “TOGG Care“.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sesi pandu uji model berkenaan akan dibuat di kawasan yang dipanggil “experience points“. SUV segmen-C ini akan mula memasuki pasaran pada bulan Mac 2023.

Bagi model sedan segmen-C yang membuat kemunculan semasa CES 2022, ia bakal dilancarkan kira-kira tiga tahun lagi, iaitu pada 2025.

Model C-X Coupe pua bakal menggantikan versi C-Hatch yang telah dibatalkan semasa pelancarannya. Model ini akan mula memasuki pasaran pada 2026.

Untuk model SUV segmen-B mampu milik pula, ia hanya akan diperkenalkan pada tahun 2027.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Presidency of the Republic of Türkiye dan Togg

TOGG Transition Concept Smart Device

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply