ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dasar Automotif Nasional 2020 dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Menurut Astro Awani, selaras dengan Visi Automotif Nasional, NAP 2020 dirangka dalam usaha menggerakkan Malaysia ke arah matlamat menjadi peneraju serantau dalam pembuatan, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan mampan sektor automotif.

NAP 2020 bakal menyaksikan lebih banyak kajian dalam teknologi baharu, penciptaan perniagaan dan peluang pekerjaan, termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), dan pembangunan dalam proses bidang pembuatan yang baharu, serta rantaian nilai melalui automotif tempatan serta sektor mobiliti keseluruhannya.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Ekosistem dalam sektor pembuatan dan selepas pasaran melalui automotif dan industri mobiliti akan ditingkatkan dengan menumpukan kepada Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Pelaksanaan NAP 2020 akan bermula dari tahun 2020 sehingga 2030. Selain penyelarasan dengan peningkatan teknologi terkini, NAP 2020 akan menambahbaik pendekatan polisi sedia ada dan pelaksanaannya.

Ia melibatkan penglibatan syarikat tempatan dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), aktiviti kejuruteraan, membangunkan kapasiti tenaga kerja tempatan, menyediakan sokongan kepada projek kereta nasional termasuk meningkatkan eksport, pelaburan, dan jumlah pengeluaran tempatan.

NAP 2020 menerapkan tiga teras hala tuju dan tiga strategi yang melibatkan tujuh pelan tindakan. Hala tuju pertama ialah teknologi dan kejuruteraan melibatkan pembangunan dalam komponen kritikal dan sistem untuk NxGV, MaaS, dan IR4.0. Hala tuju kedua, adalah pelaburan melalui mekanisme insentif yang sesuai akan diteruskan berdasarkan analisis kos faedah daripada cadangan perniagaan berkaitan oleh pelabur.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Hala tuju ketiga,pula ialah perkembangan pasaran iaitu pendekatan yang diperkenalkan untuk meningkatkan pembangunan eksport, bukan sahaja untuk kenderaan dan komponen, tetapi juga untuk sektor perkhidmatan dan selepas pasaran.

Manakala, tiga strategi tersebut adalah:

  • Pembangunan rantaian nilai – Meningkatkan persaingan rantaian nilai domestik dalam meningkatkan produk yang berkualiti dan berteknologi tinggi, sekali gus memenuhi keperluan pengeluar kenderaan dan pengguna.
  • Pembangunan modal insan – Membangunkan bakat tempatan dengan permintaan teknologi automotif dan mobiliti.
  • Keselamatan, persekitaran dan kepenggunaan – Mempromosikan penciptaan baharu, teknologi mesra alam sekitar dengan menekankan keselamatan kenderaan dan pada masa sama memperkenalkan elemen hak pengguna, perlindungan alat ganti, serta perkhidmatan.

Pelan tindakan akan terus melalui kajian dan dikemaskini secara berterusan dan berkembang mengikut arus global, teknologi dan permintaan pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MARii

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply