ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki bakal kembali ke Malaysia bersama Naza

Berita Tempatan

Views

Setelah sekian lama membawa diri sejak ditinggalkan Proton yang menemui cinta bersama Geely, pengeluar kereta dari Jepun, Suzuki dikatakan bakal kembali ke pasaran Malaysia. Jika sebelum ini, timbul desas-desus jenama tersebut bakal membuat kemunculan semula dengan Berjaya Group, kini timbul satu lagi spekulasi yang mengatakan ia bakal kembali bersama Kumpulan Naza.

Menurut laporan dari portal The Malaysian Reserve, kedua-dua pihak kini sedang berunding dan ia dijangka akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Rundingan kini pada peringkat akhir dan sekiranya semua berjalan lancar, Suzuki dijangka akan kembali ke pasaran Malaysia seawal tahun ini.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Menurut sumber, kedua-dua entiti tidak merancang untuk menghasilkan model-model pemasangan tempatan (CKD) dan antara model yang dijangka dibawa masuk adalah Swift dan Jimny. Sebelum ini, model Swift telah dipasang secara tempatan di kilang Hicom Automotive Manufacturers, Pekan, Pahang. Kilang tersebut kini bakal menjadi hab pemasangan model Mitsubishi Xpander.

Difahamkan, kerjasama dengan Naza hanya akan melibatkan kereta Suzuki, manakala pengedaran motosikal di Malaysia masih kekal seperti biasa. Suzuki telah menutup operasinya di Malaysia pada 2016 selepas pelan rasionalisasi bersama Proton Holdings Bhd dan DRB-Hicom Bhd.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Di bawah perjanjian yang dimeterai pada Jun 2015, Proton diberikan akses kepada model-model Suzuki, pelantar, penjana dan teknologi automotif dengan bantuan teknikal khusus. Hasilnya, lahir kenderaan pelbagai guna (MPV) dari model Suzuki Ertiga yang menggunakan lencana Proton pada November 2016.

Dalam perniagaan dua roda pula, Suzuki telah menutup kilang pengeluarannya di Prai, Pulau Pinang pada 2016 disebabkan permintaan yang lemah. Kumpulan Naza pula kini pengedar kepada beberapa jenama termasuklah Ferrari, Maserati, Mercedes-Benz, KIA, Peugeot, Citroen dan Ducati.

Dengan kemasukan semula Suzuki ke pasaran tempatan, ia dijangka memberi saingan kepada Perodua, Proton dan juga beberapa jenama lain. Tahun lalu, lebih 600,000 unit kenderaan telah dijual di negara ini dengan jumlah jualan Myvi dan Axia sahaja berjaya mencecah 149,233 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply