ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Berita Tempatan

Views

Ini mungkin berita yang kurang enak didengar kerana baharu sahaja tadi Mat Bond melaporkan kepada kami, pengeluaran beberapa model Proton dijangka terjejas akibat wabak Coronavirus yang sedang melanda China. Menurut Mat Bond beberapa model seperti Saga, Persona, Exora, Iriz dan X70 bakal terkesan akibat kekurangan bekalan komponen.

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

Kami difahamkan bukan sahaja pembekal dari China sahaja yang menerima tempias wabak maut ini, malah ia turut dialami oleh beberapa vendor tempatan. Akibatnya Proton terpaksa mengurangkan jumlah pengeluaran bagi model-model tersebut dan ini sudah pasti bakal menjejaskan sasaran jumlah jualan mereka.

JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?

Mat Bond berkata, antara komponen yang menghadapi kekurangan bekalan pada ketika ini adalah abah-abah (harness), sensor stereng, tombol gear CVT, panel meter dan unit pemain audio serta beberapa komponen lain lagi. Dikhabarkan bekalan komponen sedia ada hanya mampu bertahan sehingga hujung bulan ini sekiranya tiada penghantaran dibuat.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 (SX11) mula ujian pemasangan bulan Mei 2020?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply