ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

Foto Intipan

Views

Setelah ‘Cik Mera‘ (Nissan Almera (N18) 2020) mula membuat ujian jalan raya di Malaysia, akhirnya tiba giliran pesaing terdekatnya ‘Cik Siti‘ (Honda City 2020) pula memunculkan diri! Ini sekali gus mengesahkan kehadiran model tersebut ke pasaran tempatan yang dijangka diperkenalkan pada separuh kedua 2020.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Rakan sekutu kami, The Ajerul menerusi laman Facebook rasminya semalam telah memuat naik beberapa foto intip City generasi kelima itu sejak petang semalam. Kelibat model tersebut telah berjaya dikesan oleh Hariz Shaazaa di Lebuhraya Persekutuan.

Pengenalan global sulungnya telah dilangsungkan di Thailand pada November tahun lalu dan di negara tersebut, model sedan ini ditawarkan satu pilihan penjana sahaja, iaitu enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC).

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Meskipun bersesaran kecil, enjin ini mampu menjana 122 PS pada 5,500 rpm dan 173 Nm daya kilas dari 2,000 ke 4,500 rpm dan ia telah menepati piawaian yang ditetapkan untuk Kereta Eko Fasa 2 Thailand yang lebih ketat.

Untuk pasaran Malaysia, kami menjangkakan ia bakal menggunakan penjana yang sama dan akan turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard.

Nantikan perkembangan selajutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda City 2020

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply