ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Foto Intipan

Views

Beberapa foto Proton X70 2020 (CKD) yang mula tiba secara berperingkat di bilik pameran telah mula berlegar di laman-laman sosial. Secara zahirnya, model ini boleh dikatakan sama sahaja dari luar, yang bertukar hanyalah logo pada jeriji hadapan dan warna baharu.

Model yang dipasang di Tanjung Malim ini nanti akan ditawarkan dengan empat pilihan varian – Standard – 1.8 liter TGDi – 2WD,  Executive – 1.8 liter TGDi – 2WD, Premium – 1.8 liter TGDi 2WD (Tanpa bumbung suria) dan Varian Premium X – 1.8 liter TGDi 2WD (Dengan bumbung suria). Pelancarannya bakal dibuat pada minggu hadapan atau lebih tepat lagi, 12 Februari 2020.

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

X70 2020 (CKD) akan dikuasakan oleh enjin 1.8 liter TGDi dengan penalaan baharu yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) yang menggunakan klac basah. Kombinasi enjin dan transmisi ini nanti dikatakan mampu menghasilkan 181 kuasa kuda (sama seperti sebelumnya) namun daya kilasnya meningkat kepada 300 Nm (hanya 285Nm pada model CBU).

Bukan sekadar daya kilas semakin meningkat, penggunaan bahan bakar juga lebih cekap, sekitar 7.8 liter per 100km ke 7.5 liter per 100km untuk model pacuan roda hadapan (FWD). Proton dijangka bakal menawarkan waranti selama 5 tahun untuk transmisi 7-DCT tanpa had perbatuan.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Proton X70 2020 mengikut varian:

Standard – 1.8 liter TGDi – 2WD

  • Enjin 1.8 liter TGDi.
  • Transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) yang menggunakan klac basah.
  • Kerusi belakang boleh dicondongkan.
  • Lampu hadapan jenis halogen.
  • Rim aloi bersaiz 17 inci.
  • Kemasan tempat duduk fabrik.
  • Sistem infohiburan dengan paparan bersaiz 8 inci beserta navigasi atas talian.
  • 6 pembesar suara.
  • Kamera pandang belakang.
  • Sistem pembersih udara.

JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?

Executive – 1.8 liter TGDi – 2WD (tambahan dari varian Standard 2WD)

  • Lampu hadapan jenis LED dengan lampu siang LED (DRL).
  • Rim aloi bersaiz 18 inci.
  • Power tailgate (ciri baharu).
  • Welcome lamp di hadapan.
  • Kemasan tempat balutan kulit.
  • Tempat duduk pemandu boleh laras secara elektrik.
  • Tempat duduk hadapan dengan liang udara.
  • 8 pembesar suara.
  • Kamera 360°.

Premium – 1.8 liter TGDi 2WD (Tanpa bumbung suria – tambahan dari varian Executive 2WD)

  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar.
  • Rim aloi bersaiz 19 inci.
  • Power tailgate (dengan sensor kaki).
  • Kemasan tempat balutan kulit jenis Nappa.
  • Tempat duduk hadapan boleh laras secara elektrik (dengan suis bos).
  • 9 pembesar suara beserta dengan power amplifier dan subwoofer.

Premium  X – 1.8 liter TGDi 2WD (Tambahan dari varian Premium – 1.8 liter 2WD)

  • Bumbung suria panoramik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 (SX11) mula ujian pemasangan bulan Mei 2020?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply