ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAP 2020 – Perodua sokong penggabungan teknologi

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) yang diumumkan hari ini memperlihatkan konsistensi dalam dasar kerajaan untuk membawa ekosistem automotif Malaysia ke peringkat seterusnya.

Ini dapat dilihat dengan sokongan berterusan terhadap lokalisasi komponen yang merupakan tulang belakang industri automotif negara. Sepanjang dekad yang lalu, Perodua telah membeli komponen berjumlah RM43.5 bilion daripada pembekal tempatan – dengan RM5.4 bilion pada tahun lepas sahaja – dan tahun ini, kami menjangkakan perbelanjaan hampir RM6 bilion untuk membeli komponen automotif tempatan.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Pembelian sejumlah ini mengekalkan dan memperkasakan ekosistem ​​automotif Malaysia, sekaligus menyumbang kepada ekonomi, pekerjaan dan pembangunan negara. Turut konsisten adalah komitmen kerajaan untuk meneruskan program Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang telah menerima pelaburan daripada banyak pemain industri.

Perodua merupakan pengeluar EEV pertama dan terbesar di Malaysia. Setakat ini, Perodua telah menghasilkan dan menjual lebih 800,000 unit EEV. Mengenai Industri 4.0, Perodua amat menyokong penggabungan teknologi, khususnya penggabungan teknologi komunikasi dengan automotif. Perodua telahpun membuka langkah di dalam bidang ini untuk produk-produknya.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Mengenai teknologi autonomi, Perodua, dengan bimbingan rakan teknikal dan teknologinya, Daihatsu Motor Company of Japan, telahpun membuka langkah dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) dan yang paling penting, telah menjadikannya mampu dimiliki orang ramai.

Teknologi ini akan ditambahbaik sejajar dengan matlamat Perodua untuk memberikan mobiliti kepada rakyat Malaysia yang lebih selamat dan menawarkan nilai yang lebih baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply