ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dek kerana Toyota Fortuner, ibu disaman anak sendiri

Berita Global

Views

Seorang wanita disaman oleh anaknya sendiri hanya kerana berang wanita itu menggunakan kereta jenis Toyota Fortuner yang dibeli atas namanya, lapor Kompas.com. Menurut Utusan Online, Alfian Prabowo, 25, memfailkan saman itu di Mahkamah Negeri Salatiga, Jawa pada Oktober tahun lalu kerana ibunya, Dewi Firdaus, 52, dianggap menyewa kenderaan tersebut.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Dewi menjelaskan, kenderaan itu dibelinya dengan hasil keringat sendiri sebagai pegawai kerajaan di kerajaan wilayah Jawa Tengah dengan menggunakan nama anaknya. Kata Dewi, dia membeli kenderaan itu di Kaligawe Semarang pada 2013.

Ketika itu dia baru sahaja menjual Toyota Yaris dan belum menukar nama lagi. Dia namakan kereta tersebut atas nama anaknya kerana ini merupakan kepercayaannya. Namun akhirnya, Alfian meminta ibunya menyerahkan kenderaan tersebut kerana menganggap wanita itu hanya menyewa kenderaan itu.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Tambah Dewi, sekiranya tidak dipulangkan, kenderaan itu dianggap sewa dan sehingga saat ini nilai sewaan sudah mencapai 200 juta rupiah (RM57,447). Jika dia gagal membayar, rumahnya bakal disita. Katanya lagi, dia tidak di mana untuk tinggal jika rumahnya disita dan kesal kerana diperlakukan sedemikian rupa oleh anaknya sendiri.

Alfian diwakili peguam, Caesar Fortunus Wauran manakala, ibunya tidak diwakili peguam kerana dia masih tidak memahami serta keliru dengan kes tersebut. Ini betul-betul kisah Malin Kundang atau Si Tanggang zaman milenia. Padahal yang kereta tu bukan dibeli guna duit dia pun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply