ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Waja rempuh kereta peronda Honda Civic – Dua anggota polis cedera

Berita Tempatan

Views

Tiga termasuk dua anggota polis cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di simpang tiga berhampiran jejambat Jalan Nangka, Bukit Mertajam di Seberang Perai semalam.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu berlaku ketika dua anggota polis tersebut yang menaiki kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT dari arah Sungai Rambai.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Jelasnya, MPV itu secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang wanita yang datang dari sebelah kanan jalan. Akibatnya, pemandu MPV tersebut luka pada kening dan dahi manakala seorang lagi anggota mengalami bengkak pada kepala.

Tambahnya, pemandu Proton Waja terbabit yang berusia 44 tahun dan tidak bekerja itu pula mengalami kesakitan pada dada. Shafee berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply