ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Tindakan pantas ‘pilot darat’ bantu cekup dua penyamun

Berita Tempatan

Views

Tindakan nekad dua lelaki menyamun seorang pemandu kereta berhampiran sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong mengundang padah apabila mereka dicekup orang awam di Gombak, semalam.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, seorang wanita berusia 32 tahun yang berada di dalam keretanya ketika menunggu pemeriksaan pihak polis kira-kira 100 meter dari plaza tol terbabit dihampiri dua lelaki dengan sebuah motosikal pada 10.10 pagi.

Jelasnya, seorang daripada suspek kemudiannya bertindak memecahkan cermin kereta di bahagian penumpang hadapan sebelum mengambil beg tangan wanita yang mengandungi dokumen serta wang tunai RM90 sebelum melarikan diri.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Tambahnya, tindakan suspek memecahkan cermin kereta mangsa disedari seorang pemandu lori yang berada bersebelahan kereta berkenaan lalu menyembunyikan hon dan diikuti pemandu kenderaan lain yang berada berhampiran.

Arifai berkata, suspek terjatuh ketika cuba melarikan diri apabila motosikalnya terlanggar pintu sebuah lori yang dibuka pemandunya bagi menghalang suspek.Pemandu lori berkenaan bersama beberapa orang awam kemudiannya menahan kedua-dua suspek berkenaan yang masing-masing berusia 24 dan 28 tahun sebelum diserahkan kepada pihak polis yang bertugas di SJR Plaza Tol Gombak.

Siasatan awal dilakukan terhadap motosikal dinaiki suspek berkenaan didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan hilang di Taman Melawati, Ampang dekat sini. Pemeriksaan ke atas beg bimbit suspek menemui dua kad pengenalan orang lain yang pernah membuat laporan kes samun di Sentul dan Brickfields semalam masing-masing pada 7.50 serta 8.15 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek menggunakan modus operandi sama iaitu memecahkan cermin kereta ketika berada di persimpangan lampu isyarat. Semakan mendapati seorang daripada suspek berkenaan mempunyai rekod berkaitan jenayah serta dadah dan masih dikehendaki berkaitan kes dadah.

Tambah Arifai, dengan penahanan dua suspek terbabit, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan empat kes samun di daerah ini dan Kuala Lumpur. Katanya, kedua-dua suspek berkenaan direman selama lima hari bermula hari ini hingga 27 Januari nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Pada masa yang sama, pihak polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan orang ramai yang membantu menangkap suspek dan menyerahkan kedua-dua suspek kepada mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply