ARKIB

KATEGORI

Buletin

Delegasi asing yang menyertai WCEC ke-17 tertarik dengan keselesaan Proton X90 Flagship

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 20 unit Proton X90 Flagship telah digunakan untuk membawa pegawai asing, pengurusan atasan, dan anggota dari pelbagai perniagaan sempena dengan Konvesyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17.

SUV segmen D itu akan digerakkan sepanjang acara tiga hari yang telah diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 hingga 11 September lalu.

Dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), model NEV pertama Proton membantu memastikan orang kenamaan (VVIP) acara tersebut dapat menikmati perjalanan yang selesa dan bergaya ke mesyuarat, janji temu, dan penginapan, serta ke destinasi lain.

Penumpang telah memberikan ulasan yang positif mengenai ruang kabinnya yang luas, tiga baris tempat duduk yang dapat menampung enam orang dewasa dengan selesa, kemasan kulit Nappa yang mewah dan penyaman udara di belakang.

Ini diperkukuhkan lagi dengan lawatan ke Melaka oleh rombongan yang terdiri daripada Naib Presiden Persatuan Cina Luar Negara, Cheng Hong dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Sichuan, Wang Yanfei.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Mereka menggunakan Proton X90 untuk melawat beberapa tempat pelancongan selepas acara WCEC.
Sejak dilancarkan pada Mei 2023, jualan Proton X90 telah mencapai 7,322 unit, menjadikannya salah satu model terlaris dalam kategori SUV segmen D.

Ia juga mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen tersebut pada bulan Ogos tahun ini. Proton X90 Flagship turut merangkul beberapa anugerah termasuklah Kereta Tempatan Terbaik di Anugerah Pilihan Editor StarCarSifu edisi 2023.

Seiring dengan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala China-Malaysia, rangkaian SUV Proton merupakan lambang kejayaan kerjasama antara Malaysia dan China.

Proton X90 adalah model hibrid-ringkas pertama Proton dan memberikan nilai hebat bagi mereka yang mencari SUV tiga baris yang luas dan serba lengkap.

SUV terbesar Proton ini juga menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar, manakala Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) memberikan tahap keselamatan yang tinggi.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Oleh itu, ia sangat sesuai untuk membawa delegasi asing ke acara yang menerima 4,000 peserta dari China, Amerika, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan lain-lain.

Acara ini dijangka akan mewujudkan sekurang kurangnya RM2 billion dalam peluang perniagaan, terutamanya melalui padanan perniagaan dan misi pasca konvensyen yang akan mempamerkan potensi pelaburan negara kepada persada global.

Bertemakan “Reimagineering the Future,” persidangan itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

Turut dihadir termasuklah Naib Presiden Persatuan Persahabatan Luar Negara China, Chen Xiaojiang, Pengerusi Dewan Perniaagaan Besar Cina, Hong Kong, Dr. Jonathan Choi Koon-shum dan Presiden ACCCIM, YB Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan, serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WCEC ke-17.

Bermula pada 1991, acara dwitahunan itu menghimpunkan usahawan dari seluruh dunia untuk membina hubungan perniagaan dan meneroka peluang baru seperti teknologi baru, ekonomi hijau, kecerdasan buatan (AI) dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, inisiatif ini melambangkan dedikasi syarikat untuk membina masa depan yang kolaboratif dan mengukuhkan perkongsian global dalam industri automotif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply